Thursday, July 5, 2012

PENGALAMAN PERTAMA PRAKTIKAL DI MARDI KUALA KANGSAR



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sorry guys sebab jarang online. Bukan suka-suka taw, tapi PCB sekarang ni sedang berpraktikal di Stesen MARDI Kuala Kangsar, Perak. InsyaAllah PCB kat sini selama 3 bulan bersama-sama lagi 3 orang kawan dekat sini. Ini pon tumpang guna WIFI MARDI Kuala Kangsar. 


Banyak benda yang PCB pelajari walaupun baru beberapa hari. PCB dah pandai kahwinkan pokok.hehe. Kahwin pokok guna cara cantuman baji, cantuman mata tunas dan cantuman sisi. Lepas tuh belajar pasal perosak dan penyakit pada tanaman. Selain itu, PCB belajar pasal cara nak jaga pokok jambu.


Seriously fun walaupu penat. Ye lah , pengalaman macam ni mana ada dekat dalam dewan kuliah kan. Kena praktikal baru leh rasa semua ni. Kejap lagi, nak semai biji pokok durian pulak. Terasa nak jadi petani moden plak lepas ni.huhu.







Apa yang best, kat sini dapat makan buah-buahan hari-hari. Buah durian tuh dah berbiji-biji dah makan. Pergh, mana ada tempat lain leh makan durian sedap-sedap free kan. dekat sini boleh.huhu.memang have fun walau pada awalnya risau jugak kot-kot kena buli. Tapi staf kat sini sangat peramah dan mesra =).


ok lah PCB update skit-skit je. nanti PCB update gambar plak ye. selamat bekerja semua =D


18 comments :

NAL said...

it's good to know that you enjoy it..Selamat berpraktikal ye PCB :)

-gedek! said...

brader baju biru belakang tu buat hapa?

combi said...

untung la da praktikal...

Arol Mubin said...

Sambil praktikal, boleh makan buah-buahan puas-puas eh. Seronoklah PCB! :D

eyjalukman said...

wahhh , sedapnya mkn buah-buahan hari2 . dulu atuk ad gak pokok2 buah2an pastu dy pi tebang . huhu

Sam Bredariol said...

Untunglah..makan buah hari2..jimat duit mkn..haha

nini said...

bestnya makan durian

Fendy said...

praktikal yg sgt best...hoho

Alieza Dayasari said...

amboi, bikin jeles saja tu....
waaa dpt mkn durian. kuning gila....

whitecappuccino said...

bestnya sambil praktikal sambil dpt mkn freee

azalia hjsalleh said...

habis praktikal nanti.. lya nk request buah durian k =)
selamat menjalani praktikal ya =)

Shafiq said...

Selamta berpraktikal PCB.. :-) Saya kat Telekom Johor. Good luck!

Fakhruddin said...

praktikal psal pertanian ya..
apa2 pun mmg enjoy nmpak..siap makan durian lg..hehe

Sharidawati Shahrudin said...

selamat berpraktikal...

tiba2 teringat zaman ketika praktikalku dulu..huhuuuu

hazman aka species1980 said...

Okey la tue dah sonok praktikal kan... durian jenis aper tu? Musang king or D24 ?

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Wahh, untungnya. Tapi saya tak minat makan durian. Hehe. :)

Ezad Skytech said...

wahh...best tu praktikal..dpt makan buah je kat sana...best2..:D

BOBOT said...

wahhh. macam best. tengah carik tempat praktikal brkaitan jugak ni. hopefully diterima dimardi ni.kehkehkeh