Friday, August 24, 2012

AIDILFITRI DAN MAJLIS KAHWIN


Raya tahun ni double meriah. Sambut raya + attend majlis kahwin abang. Bertambah lagi seorang dalam family PCB. sekarang ni dah jadi 18 orang ahli. terasa macam nak buat membership card plak. baru nampak eksklusif gituh.


Malam raya macam biasa, tengok live bunga api dung dam dung dam secara besar-besaran dengan jarak paling dekat. Yang penting, PCB menjerit paling kuat mengalahkan semua anak sedara yang masih kecik. over plak bapak sedaranye kan. Almaklumlah bukan selalu boleh tengok bunga api besar-besaran. terkinja-kinja i melompat suka. hikhik. dah tak rasa malu dah waktu tuh.


Pagi raya, orang lain sibuk nak pergi solat raya, PCB membuta bangun lambat. Alamaknya, orang lain dah solat raya, baru sampai ke masjid. tengok jelah orang dok solat raya. lepas ni kena pergi masjid awal-awal duk saf depan. sepanjang PCB beraya dekat rumah PCB, tak pernah sekali pon dapat solat dalam masjid. confirmlah solat dekat luar masjid. tu yang kena prepare sejadah awal-awal.


Balik je dari beraya dekat masjid, terus serbu rumah selongkar segala makanan yang ada. Tahun ni mak masak nasi dagang, nasi himpit dengan kuah kacang, ketupat. lemang ayah beli je. biskut macam biasa, tunjuk je sehabis boleh. Memang nasi dagang antara feveret PCB. selepas makan untuk alas perut (hehe..), ready untuk bergambar bersama family..


bergambar di pagi raya. kitorang memang tak amalkan satu family satu colour untuk baju raya.hehe =D


Selepas itu, layan tetamu-tetamu yang datang ke rumah. ada kawan mak yang title pengarah pon datang. ada sahabat handai, ada jiran-jiran tetangga. dan yang paling penting budak-budak yang gigih beraya dari rumah ke rumah demi mengumpul sebanyak mana duit raya. of course, budaklah yang paling happy bila time hari raya. 


kita tutup citer raya, kita cita pasal kahwin abang. raya ketiga hari tuh ada majlis kahwin kat rumah pengantin perempuan. tapi akad nikah dah settle sehari sebelum raya hari tuh. Nasib baiklah rumah pengantin perempuan tak jauh. dalam 25 minit je. jom kita tengok gambar sekitar majlis kahwin abang ye.


gambar sekitar kahwin abang.


majlis diadakan secara serba ringkas. yang penting semuanya berjalan dengan lancar. Semalam dah diadakan majlis sambut menantu dekat rumah PCB. semuanya simple je. ok lah sampai setakat ni dulu dari PCB. 


"PCB ucapkan salam aidilfitri dan maaf zahir dan batin buat semua pembaca dan follower blog PCB."


#TQ pada blogger yang hantar kad raya untuk PCB.


11 comments :

Iffah Afeefah said...

tq anta kad raye weh

Rapunzeel Cikilolo said...

senang jugak kawen time raya ni kan? ramai orang datang...

shera haifa said...

abg dah giliran PCB laa plak naik pelamin nanti. hehe

KiD said...

salam aidilfitri.. selamat pengantin baru juga kepada abang PCB.. lepas ni PCB lak kawin.. hehehe

Leeza dayasari [santai leeza] said...

cuti raya ni pun dah leeza penuh juga dengan jemputan2 kahwin.
hari ni pun ada open house.

Layyinul Harir said...

pcb:selamat ari raye

qasehraihan said...

tahniah buat kuarga wan..dpt ahli baru
wan bila lagi..hehe

http://qasehraihan.blogspot.com/2012/08/arwah-ni-model-facebook.html

Kalamhati said...

Salam aidilfitri wan..=)

eyjalukman said...

haha smalah thun ni pn bju colour tkde tema . wahh thniah ye utk abg PCB :) bila turn pcb plak? haha

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Tahniah buat awak sekeluarga. :)

*tq for the kad raya. :')

Sharidawati Shahrudin said...

ekhem dah dekat tu.. hehe

*rahsiamu selamat punya ye* huhu