Tuesday, September 11, 2012

BELAJAR UNTUK BERTIMBANGRASA



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


PCB yakin kita semua hidup bermasyarakat kan =D. mana ada orang yang boleh survive hidup sorang-sorang. Kita mesti ada jiran.tak kisahlah jiran kita sebelah kiri ke, kanan ke, depan ke, belakang ke. Kalau dalam Islam, jiran tuh 40 rumah sebelah kiri, kanan, depan, belakang taw. maknanya semua yang dekat dengan kita tu adalah jiran kita. Itu nak tunjukkan betapa kita memang hidup bermasyarakat.


Dalam hidup bermasyarakat ni, perkara paling penting adalah timbangrasa. Setuju tak?


bertimbangrasa membawa kepada kebaikan bersama.


1) timbangrasa pada kanak-kanak kecil..

pasti ada sekeliling kita yang punya baby kecil kan. timbang rasalah sikit. Jangan nak karaoke sampai volume tuh nak pecah speaker. Kesian pada baby yang nak tidor. Nak karaoke boleh, tapi berpada-padalah. pilih waktu yang sesuai. volume tuh kalau boleh biar sederhana je. Kalau suara sedap tak pe jugak, ini melalak suara hancur. kasi pencemaran udara je.


2) timbangrasa pada orang tua

dalam kehidupan bermasyarakat, pasti wujud golongan tua yang sudah lanjut usia. kalau boleh, janganlah duk merempit depan rumah orang. Kalau ada yang lemah jantung, kan jadi kes naya tuh.. Bawak motor pelan2 kan boleh. lagipon tu kan kawasan perumahan, bukannya litar motor racing kan.


3) timbangrasa pada jiran sebelah

Ada jugak golongan yang sakitkan hati jiran sebelah dengan ketuk dinding. Padahal nak ketuk paku je. Tapi cara dia ketuk tuh sampai nak pecah dinding rumah sebelah. Berpada-padalah ye. jangan sampai ada yang bergaduh nanti dah lah ye


Lagi satu, biasa ekat rumah pangsa atau pangsapuri terutama yang duk dekat tingkat atas. Senang hati je campak sampah dari atas ke bawah. Kalau terkena kepala orang yang lalu lalang kat bawah kan dah bahaya tuh.cedera ke apa nanti. timbangrasalah sikit ye.



PCB pasti ada yang berpengalaman dalam isu ini dan mendapat jiran yang kurang bertimbangrasa dalam hidup bermasyarakat.


p/s boleh ceritakan pada rakan-rakan, apa pengalaman yang pernah korang lalui.

9 comments :

[sutera kasih] said...

pentingnya sikap bertimbang rasa tu..kalau x bertimbang rasa, susahla nk capai harmoni huhu

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

ramai dah hilang rasa timbang rasa tu.semua nak pentingkan diri.hidup utk diri sendiri,tak fikir org lain

Che Rosliza Che mat said...

memang penting...ada sikap seperti itu...kalau tak ada parahlah dunia hihihi

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Biasa lah org zaman sekarang ni. Pentingkan diri sendiri je.

Mak Lagenda said...

Timbangrasa perlu ada dlm hidup kita. Rasa simpati dan x pentingkan diri sendiri jugak. Baru lah kita blh hidup aman dan harmoni..

Iffah Afeefah said...

kat jalan bese aku nmpak

xbertimbang rasa

nk bg jalan jngn harap

Sharidawati Shahrudin said...

cakap kat telefon tu control lah sikit volume...dah hehehehehe

hawiz said...

betul2..stuju sgt2

Puteri Iqa Izyan said...

kalau duduk rumah teres, jarang sangat timbang rasa ni sekarang. masing2 kepala besar je. =.='