Thursday, September 13, 2012

DIAM ITU LEBIH BAIK



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Benar ke kata orang lama-lama, dalam sesetengah perkara lebih baik diam daripada berkata-kata. Bukan kita tak nak ketengahkan pendapat kita, tapi risau akan timbul isu lain dan menimbulkan sensitiviti.


PCB nak share beberapa keadaan di mana lebih baik kita diam daripada berkata-kata.


 sometimes, it is better to remain silent







1) Isu berkaitan dengan agama

Kalau Majlis Fatwa dan Ulama' dah keluarkan fatwa tentang pengharaman sesuatu perkara, lebih baik kita terima dengan hati terbuka dan jangan membantah. Hal ini kerana, kita yang kurang arif dalam bidang agama mungkin tidak tahu kenapa sesuatu perkara itu diharamkan.






2) Isu berkaitan dengan hal orang tua


Ingat tak mak ayah selalu pesan, jangan mencelah bila orang lebih tua berborak. PCB yakin pasti ada perkara yang dibincangkan oleh orang lebih tua tidak dipersetujui oleh kita. Namun, lebih elok kita senyap dan tidak mengganggu perbualan mereka. Kita boleh membantah tetapi dengan cara yang sopan dan beradab.



3) Isu melibatkan hati dan perasaan

Tidak dinafikan memang komunikasi itu penting dalam satu hubungan. Tapi ada ketika lebih baik diam daripada berkata-kata untuk elakkan perkara menjadi lebih buruk. Mungkin dengan kata-kata yang dikatakan boleh mengguris hati pasangan. Jadi lebih baik senyap.


 Jadi ,ada beberapa perkara yang memerlukan kita diam. Ikut keadaan dan masa yang sesuai.


p/s Alhamdulillah, satu minggu lagi habis praktikal.

9 comments :

Leeza dayasari [santai leeza] said...

LEEZA setuju... 3 perkara ni mesti mesti kita diam...leeza kalau bab agama, mmg silent lah ilmu cetek sgt nk dibandingkan dgn org lain.
org tua pula, takut tersalah ckp...
hati dan perasaan ni.. kita ckp byk2 , org salah kan kita pula akhirnya.

aza said...

betul3
:)

Anak Ulu Cheka said...

Syyyyyyyyyyyyyyyyy..... diam jgn bising :)

azalia hjsalleh said...

setuju sgt!!

bestlah nk dkt habis praktikal..

Iffah Afeefah said...

ye kadang ade kene diam

ade kene ckp

terpulang

hazman aka species1980 said...

hurmm.... bab hati dan perasaan tu yang best kan.... tapi kena tengoklah sejauh mana kena jadi seorang yang cool... huhuhu

kujie said...

diam juga satu hukuman...

Puteri Iqa Izyan said...

more prefer to be silent. bercakap bila rasa perlu je kalau bab2 mcm ni.
yela kan, kalau tersalah cakap parah =.='

lagipun kdg2 orang salah faham dengan penjelasan kite.

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Setuju sgt. Diam itu lebih baik. :)