Thursday, September 20, 2012

SEJUTA TERIMA KASIH BUAT MEREKA


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Pejam celik pejam celik esok dah hari terakhir PCB praktikal dekat MARDI Kuala Kangsar. Pergh, tak sangka betol at last dapat jugak habiskan hampir 3 bulan praktikal dekat sini.



At first, bila sebut pasal praktikal memang pening nak fikirkan. Kat mana nak pilih tempat praktikal, mana nak cari rumah sewa, transport macam mana.. macam-macamlah bermain kat otak ni. rasa beban sangat bila fikirkan bab praktikal. Tapi, akhirnya berjaya jugak harungi semua tuh. Syukur pada Allah yang banyak membantu memudahkan urusan selama berada di sini.



Entri ni sebenarnya khas untuk semua yang banyak membantu PCB waktu praktikal ni. Firstly, to my mak, ayah, dan family yang banyak menyokong PCB untuk menamatkan Latihan Industri ini. Memang dari segi support kewangan dan moral tak pernah putus daripada diorang. Almaklumlah kena menyewa semua, tambahan tempat praktikal beratus-ratus kilometer jauh daripada rumah. 



Kemudian, nak ucapkan Terima kasih yang tidak terhingga kepada family kedua saya sepanjang menjalani praktikal di sini. Sebenarnya family kedua ini adalah family kepada blogger Hafiz . PCB akan stay rumah kawan PCB kat Ipoh ini setiap kali weekend. Thanks to them yang banyak menghiburkan PCB, banyak menyokong PCB, dan PCB dah anggap mereka sebagai family PCB. PCB harap segala makan minum dapat dihalalkan dan maaf sekiranya ada mengguris hati sepanjang PCB stay di sana. Again, thanks to Mak Cik, Pak Cik, Hafiz, Anyah, Izwan dan Aus.



Lepas tuh, PCB nak ucapkan thanks pada geng praktikal PCB iaitu Hafiz, Shahdan n Hatfini. Banyak kan memori dan pengalaman yang kita tempuh kan. Kena marahlah, kena berleterlah, masuk ladang bulan puasa, makan durian hari-hari. Semua tu kita akan rindu lepas ni. Seronok dapat rasa life duk rumah sewa yang ibarat bersalji waktu malam dan panas waktu siang. Ulang alik dari Ipoh ke Kuala Kangsar setiap minggu sampai pancit tayar motor. semua tuh akan jadi kenangan sampai bila-bila.



Thanks jugak buat semua staf dan pekerja MARDI yang banyak membantu PCB dalam tempoh praktikal. too much experience and knowledge I gained from them. Memang alam pekerjaan ni sangat mencabar dan memerlukan too much patience. Mereka sangat friendly dan suka membantu PCB.



Thanks jugak pada semua blogger yang selalu tanya khabar dan mengikuti perkembangan PCB sepanjang menjalani praktikal. yang tak jemu-jemu komen di blog walaupun update jarang-jarang. Terima kasih kerana memahami kesibukan PCB dan sanggup menunggu setiap entri daripada PCB. PCB amat menghargai usaha anda semua!!



InsyaAllah PCB akan graduate dalam masa sebulan lagi. semua dijemput hadirlah ye. Nanti PCB inform. Terimalah gambar PCB dari MARDI Kuala Kangsar.


suka gambar ni sebab PCB nampak sangat kurus. =D



11 comments :

Momo said...

kirim bunge je boleh? haha

alien said...

nak rambutan!

Leeza dayasari [santai leeza] said...

lega tak habis praktikel.
leeza sblm ni praktikal, rs mcm tak sabar nk habis. sbb selalu lecture dtg pantau.

hazman aka species1980 said...

whoaaa... makan buah hari2 dah boleh susut badan cenggini

boni kacak said...

wah..dah nak graduate dah.tahniah bro..hehe

ahsfantasy24 said...

all the best (:

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Congrats! Finally.. :')

*tak nak cakap terima kasih kat saya ke?

Iffah Afeefah said...

tahniah sbb abis belaja beb

KiD said...

kurusnyaaaaa... huhuhuhu

eyjalukman said...

congrates PCB ! kejap je masa berlalu kn . thu2 nk grad dah . msti best kn feeling tu ? eyja 4 thun lg kot nk tggu. hehh

Mak Lagenda said...

memey la nampak kuwussss..asyik2 mkn buah je bnyk! Ahaha..