Sunday, October 14, 2012

AJIHS NASI LEMAK 80 SEN | PIYA BADHRI RADZI



Assalamualaikum.



Sensasi jugak isu Ajihs Nasi Lemak 80 Sen!! Untuk yang belum mengetahui, Ajihs Nasi Lemak 80 Sen ini mula dikenali selepas Badhri Radzi atau nama gelarannya, Piya yang merupakan Kapten bagi pasukan The Red Warriors mempromosikan Ajihs Nasi Lemak 80 Sen ketika perlawanan menentang Selangor dua hari lepas.



Badhri Radzi menunjukkan baju bertulis "Ajihs Nasi Lemak 80 Sen"



PCB sendiri ketika melihat perlawanan tersebut tidak nampak tulisan yang tertulis di baju tersebut. Namun, setelah kecoh di internet mengenai Ajihs Nasi Lemak 80 Sen, barulah PCB tahu apa yang ditulis di baju tersebut. Apa yang special nya Ajih Nasi Lemak 80 Sen ini?



Ada khabar angin menyatakan kedai Ajihs Nasi Lemak 80 Sen ini adalah kepunyaan bapa kepada Badhri Radzi yang terletak di Guchil Bayam menuju ke Kubang Kerian. Jika benar, sudah pasti apa yang dilakukan piya itu adalah promosi paling unik sekali, jarang dilakukan oleh orang lain. Namun begitu, piya dikatakan mendapat kad kuning kerana melakukan perkara tersebut


notakakiPCB: nak tengok Aku Terima Nikahnya hari ini =D


19 comments :

Syaifuddin Alias said...

kad kuning ? tak ada kad laa..
hehe ...

along said...

cara promosi dalam diam.. hehe

hazanis said...

koho sohor la ajih tu pahni..huhu

Leeza dayasari [santai leeza] said...

hmmmm tak pasal2 kena kad kuning.

boni kacak said...

wah...memang pandai dia promosi.. aku rasa memang akan tersebar luas lepas ni..hehehe... apa2pun, tahniah kepada pasukan Kelantan kerana berjaya mara ke Final.. tak sabar nak tgk malam penentuan juara. sebab game yang bakal dipamerkan tu, pasti game yang sangat best dan mendebarkan

Shafiq said...

Cara promosi yang kreatif..hehehe

♥ cik kieranaa ♥ said...

demam bola wei!
haha. lucu sungguh piya ni.
n g cari la skali ajihs nasik lemok ni.

Iffah Afeefah said...

da tgk review ye

aku nk tau gak cite cmne

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

kad kuning jee..janji PROMOSI tu yg penting!!!

KiD said...

syaifuddin, beliau kena kad kuning.. takpe, promo LIVE PUNYA.. HEHEEHE

Lulu Caldina said...

hebat! tiru dari mana ni? ngee

man yusoef said...

okay aku baru tahu..hahaha..tapi memang pandai dia promosikan kedai tu..

Leeza dayasari [santai leeza] said...

PCL... leeza nyanyi ke laut der... serius sumbang.

Anak Ulu Cheka said...

balik KB raya haji ni try carilah kat rumah mertua je ni :)

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Tak tengok lah pulak masa dia tunjuk tulisan kat baju tu. Apa apa pun, tahniah buat pasukan Kelantan. :)

crkb said...

Sy dah perasan masa PIya buka baju.Dan dah agak mesti dpt kad dr pengadil...
Kebetulan kedai tu dekat dgn rumah saya.Seblm ni pun kedai tu memang ramai pelanggan.Lepas ni makin ramai lah...

Momo said...

promote..promote...haha

Syaifuddin Alias said...

kiD ..haha..saja je pancing semua ..ada kad sebenarnya sebab undang2 bola mana boleh promote barang niaga :D ..jgn marah u olz

Nyue said...

xkisah la...piya promote pon kedai fmly dia jugak..ahahahaa...