Thursday, October 11, 2012

ELAKKAN MUFLIS DI USIA MUDA


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Sebut saja pasal ‘shopping’, siapa yang tidak suka bukan!! Dapat membeli sesuatu yang menjadi keinginan memang dapat memuaskan hati. Di tambah pula dengan kehadiran ‘shopping mall’ yang kian bertambah bagai cendawan tumbuh lepas hujan,terutama di kawasan Lembah Klang dan bandar-bandar besar yang lain. Belum cukup dengan itu, kehadiran konsep ‘shopping online’ merancakkan lagi industri ini di Malaysia.



Namun begitu, sedar atau tidak, semakin hari, semakin bertambah bilangan rakyat Malaysia yang muflis di usia yang muda. Percaya atau tidak, itulah hakikat yang perlu diterima. Penggunaan kad kredit di luar kemampuan dianggap punca utama mengapa ramai yang muflis dalam usia yang terlalu muda. Justeru, PCB ingin berkongsi idea dan pandangan peribadi tentang cara-cara untuk mengelakkan muflis di usia yang muda.




bankrap di usia muda menjadi masalah yang makin menjadi-jadi



1) Elakkan penggunaan kad kredit


Kad kredit adalah hutang yang kabur!! Bayangkan anda tidak sedar dalam berbelanja menggunakan kad kredit, amaun yang anda gunakan sudah melebihi kemampuan anda. Itulah bahayanya kad kredit. Jangan terlalu bermegah menggunakan kad kredit di depan orang lain, walhal, jika tidak mampu, buat cara tidak mampu. Walaupun memberikan alasan, membawa wang yang banyak adalah bahaya dari sudut keselamatan, namun, membawa kad kredit sebenarnya lebih bahaya kepada anda! Jika mampu, silakan!!



2) Simpanan untuk masa depan

Jika anda sedar yang diri anda adalah kaki ‘shopping’, rancang wang anda dengan betul. Buatlah dua akaun bank yang berbeza. Satu untuk digunakan, dan satu untuk simpanan. Jika anda hanya menggunakan satu akaun sahaja untuk digunakan dan untuk simpanan, alamatnya, wang yang anda simpan mampu bertahan sekejap saja dalam bank!! Ingatlah simpanan masa depan adalah penting kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Simpanan dapat membantu kita di waktu kecemasan.



3) Buang prinsip biar papa asalkan bergaya

Zaman sekarang ini ada yang sanggup nak nampak kaya, walhal, hutang keliling pinggang. Sanguup berhutang sana sini, asalkan dapat apa yang diinginkan. Jika anda bersikap begini, buanglah jauh-jauh sebelum anda menyesal. Kenali diri dan kemampuan anda. Tidak salah jika ingin bergaya, namun biarlah berpada-pada dan tidak menzalimi diri sendiri dengan hutang yang bertimbun.



Pada para pembaca yang sudi berkongsi idea berkenaan isu ini, bolehlah menulis sedikit komen di ruangan yang disediakan. Pesan PCB, berbelanja ikut kemampuan. Salam hormat dan salam 1 Malaysia.!



10 comments :

Anisa Anuar said...

betul tu...terapkan suka menabung

boni kacak said...

Alhamdulillah..nasib baik aku tak berminat langsung nak ada kad kredit daripada dulu lg

Rapunzeel Cikilolo said...

Ko btl PCB. Tp zmn skang bkn zmn senang la

Leeza dayasari [santai leeza] said...

jauhi biarkan papa asalkan bergaya. itu sgt penting..

Anak Ulu Cheka said...

elok sgt ni sebagai panduan terutamanya golongan muda ;)

♥ cik kieranaa ♥ said...

tq atas nasihat yg berguna i2. hehe.

tp yg last 2 mmg btol. elakkan biar papa asl bergaya! so true!

Anisa Anuar said...

disebabkan saya rasa senang hati bila bw kat blog ni...tag PCB utk GA

http://anisa-mylife.blogspot.com/2012/10/mega-giveaway-dari-wwwyanayassincom.html

=)

Syaifuddin Alias said...

timbul perasaan simpati untuk mengulur kepada yang kurang mampu ..insyaAllah akan ada juga pertolongan dari ALlah kepada kita

Syat0za Zai said...

boleh buat point utk esei karangan BM ni..hee

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Tak suka pakai kad kredit. Memang tak nak pakai kad kredit.