Wednesday, October 10, 2012

ETIKA SEORANG BLOGGER


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Apa khabar buat pembaca blog PCB? PCB harap semuanya sihat. Entri kali ini PCB tujukan khas buat semua blogger ataupun kepada sesiapa sahaja yang ingin berjinak-jinak dalam dunia penulisan blog. PCB berasa sangat teruja dan gembira apabila bilangan blogger di Malaysia semakin meningkat dari semasa ke semasa. Ini menunjukkan ramai masyarakat Malaysia yang bersedia untuk memberi pandangan mereka secara peribadi dan ingin berkongsi dengan orang lain. Tahniah!!



Namun begitu, sejak dua menjak ini, terdapat segelintir kecil perkara yang tidak enak dikaitkan dengan blogger. Ada kes saman menyaman yang melibatkan blogger yang menabur fitnah terhadap individu-individu tertentu. Jangan disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. Justeru, PCB ingin menekankan beberapa etika yang sepatutnya diamalkan oleh blogger sebelum menghasilkan sesuatu karya penulisan di blog mereka.




  • Elakkan daripada menciplak karya orang lain.
Untuk menjadi seorang blogger yang dikagumi, setiap karya yang dihasilkan perlulah daripada hasil titik peluh sendiri. Idea dan pandangan yang diberikan mestilah tidak dicedok daripada sumber lain tanpa meminta keizinan mereka. Tidak dinafikan, kemudahan alam maya menjadikan proses mencedok idea orang lain lebih senang. Hanya ‘copy’ dan ‘paste’!! Jika entri yang kita hasilkan itu adalah daripada blog ataupun laman web lain, seelok-eloknya letakkan pautan sumber atau ‘hyperlink’. Ini tidak langsung kita menghargai karya orang lain.



  • Elakkan daripada menghiris perasaan pembaca anda
    Kita menulis sesuatu di blog adalah untuk pembaca dan jika mereka berminat, mereka akan meninggalkan komen mereka. Namun, sekiranya karya yang dihasilkan akan menyinggung sesetengah pihak, elakkan daripada menulis karya seperti itu. Jika tidak dapat dielakkan, gunalah bahasa yang berkias atau lembut. Jangan terlalu ‘direct’ untuk menyatakan sesuatu, takut nanti ada pihak yang tersinggung. Anda sebagai blogger perlu menegur secara berhemah dan dalam masa yang sama menyatakan anda langsung tidak marah terhadap mereka, cuma sekadar teguran atau pandangan. Ingatlah, tanpa pembaca, tiada erti bagi seorang blogger!!


  • Layani pembaca anda
PCB berasa sangat ‘happy’ bila lihat blogger sekarang pandai bermesra dengan blogger lain atau pembaca. Ada saja ‘contest’, ‘giveaway’ dan lain-lain lagi yang dilakukan semata-mata untuk menghargai para pembaca yang membaca blog mereka. Ini adalah satu perkembangan yang positif kerana pembaca adalah nadi kepada seorang blogger.  Layani pembaca yang membaca blog anda. Jadilah sahabat mereka di laman sosial untuk mengeratkan lagi hubungan dan boleh berkongsi idea. Jangan sombong dengan langsung tidak bertegur sapa dengan pembaca. Sekurang-kurangnya hasilkan satu entri penghargaan buat semua pembaca. Pasti pembaca akan lebih bersemangat untuk membaca blog anda!!


  • Terima kekhilafan diri
Blogger juga manusia!! Takkan pernah lari daripada kesilapan. Mungkin dalam setiap karya yang kita hasilkan ada sesuatu fakta atau pendapat yang dirasakan salah oleh orang lain. Jika ada yang menegur anda, jangan cepat melenting. Cuba berbincang dengan mereka dan mengetahui apa kesilapan yang telah dilakukan. Jika benar anda salah, minta maaf dan perbetulkan karya yang anda hasilkan. Mudah kan!! Semudah ABC!! Menjadi seorang blogger mengajar kita untuk lebih berhati-hati dan menerima kesilapan dan kelemahan diri.




Terima kasih pada semua yang sudi baca entri PCB kali ini. Jadi, pada yang ingin berikan pendapat, boleh letakkan di ruangan komen. PCB yakin anda semua blogger yang hebat dan beretika!! Salam hormat dan salam 1 Malaysia!

16 comments :

Anisa Anuar said...

saya setuju...harap dunia blog akan aman...

Leeza dayasari [santai leeza] said...

hmmmm.... benar...
blogger juga ada kod etika nya tau ... yeah... (",)

imaniiwani said...

setuju ;p

najihahfara said...

em..kadang2 blogger ni liat nak ikut semua ni..

Sharidawati Shahrudin said...

saya setuju 100% hehehehehe

لين Si Pipi Merah said...

syukran jazilan :) sangat membantu

Fendy said...

setuju...

Iffah Afeefah said...

erm tu aku stuju sngt bab ciplak2

Rapunzeel Cikilolo said...

Emm kadang2 penulisan blog mmg kite tak perasan ape kite tulis. Yg penting blogger or follower jgn cpt melatah. Kan?

amlanblogger said...

Buat pedoman bagi saya apa yang dikatakan PCB. Terima kasih kerana sudi berkongsi.

Kalamhati said...

betul tu wan..apa2pun biar ia dtg dr diri kita..tho entry poyo and ringkas je..janji tak sentap hati org lain dan tak ciplak hak org lain tanpa letak kredit..kalu amik mesti letak kredit kan

KorN said...

okei.. etika blogger pon kne ade giv n take.. macam aku, aku lebih suka blogger yang ade komunikasi dua hala.. thats means kalo aku pergi satu2 blog tu, then org tu plak dtg blog kita dan bgitu la sterusnya...

boni kacak said...

setuju tu bro... blogger kena beretika..yang penting, hormat antara satu sama lain :)

che'pi said...

saya setuju..... itu la yg terbaek... be yourself and behave.....

THE LEKAT LEKIT STORY said...

Dunia blogger ni kena kental.x tahan kena kritik elok jgn jd blogger.blogger yg brjaya semua jenis kental wlau mcm2 kutuk kritik hina & keji dorang dpt.klau yg cpt sentap elok tulis diari xde sapa blh komen.sy jenis menulis secara derect,sbb sy dulu belajar dr kritikan secara umum dr blog lain.dorang kritik tnpa mention sapa2.konsep sapa mkn cili terasa pedas.bila rasa pedas tu sy belajar.klau kita amik yg positif kita akn dpt positif.x semua kritikn itu membunuh.yg trbunuh cuma yg manja2 je

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Agreed! Well, thanks for sharing. :')