Sunday, October 21, 2012

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA KELANTAN VS ATM | 20 OKTOBER 2012


KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA KELANTAN VS ATM | 20 OKTOBER 2012



Pada malam ini, 20 Oktober 2012 akan berlangsungnya perlawanan akhir Piala Malaysia di antara Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Shah Alam, Selangor. Keputusan penuh perlawanan akan diupdate dari semasa ke semasa.



sumber gambar: zulkbo 



Perlawanan tersebut akan disiarkan secara langsung di TV1 pada pukul 8.40 malam dan Astro Arena pada pukul 8.00 malam.



Kelantan yang pernah menjuarai Piala Malaysia kali pertama pada tahun 2010 akan turun tanpa kedua-dua pemain tonggak utama mereka iaitu Ghaddar dan Nurfarhan kerana kedua-dua mereka mengutip dua kad kuning pada perlawanan-perlawanan sebelumnya. Namun begitu, PCB yakin Pasukan The Red Warriors mampu bermain dengan baik kerana semangat pasukan di antara pemain sangat tinggi dan berada dalam keadaan yang optimum.



Namun begitu, Pasukan ATM juga turut berpeluang untuk memeangni perlawanan ini kerana mereka juga mempunyai pemain yang berbisa dan berpengalaman seperti Hairuddin Omar, K. Reuben, Azmi Muslim, dan ramai lagi. Jadi sudah pasti, perlawanan malam ini sengit dan menarik. Masing-masing inigin tunjukkan kehebatan mereka!!



sumber: Berita Harian



PCB yakin Stadium Shah Alam malam ini akan dipenuhi dengan gelombang merah dengan semangat penyokong The Red Warriors dari seluruh Malaysia yang akan berkumpul bersama-sama bagi melihat detik bersejarah ini. Semua orang sudah tahu semangat penyokong Kelantan yang sukar ditandingi oleh mana-mana penyokong daripada negeri lain.




sebahagian daripada penyokong Kelantan. Sumber: Metro .



Streaming online..

Pada yang tidak dapat menonton di Stadium, anda juga boleh menonton perlawanan Final Piala Malaysia melalui laman web iaitu:


Live Streaming TV1: http://www.rtm.gov.my/tv1/ .


Live Strreaming News (TRC TV): http://trctv.livestreamingnews.net .




Keputusan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2012 Kelantan vs ATM


KELANTAN (3) VS ATM (2)





Tahniah diucapkan kepada pasukan The Red Warriors!!



notakakiPCB: Gomo Kelate Gomo!! Biar sek kito bowok sekali lagi Pialo Malaysia ke Negeri Che Siti Wan Kembe.


1 comment :

Syaifuddin Alias said...

semestinya penyokong ATM yang paling sedih