Wednesday, October 31, 2012

PERIHAL IKLAN TV, IKLAN LEBUHRAYA DAN IKLAN MAKANAN SEGERA



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Masa PCB tulis entri ini, PCB ada dekat KL Sentral. Betul-betul dekat kerusi Restoran KFC yang ramai orang suka online. Siapa-siapa yang selalu datang KL Sentral mesti tahu tempat ni. Pandang sekeliling tengok ragam orang. Tapi ada yang lagi menarik untuk dilihat iaitu iklan.



Iklan ni banyak jenis. ada iklan dekat TV. ada iklan dekat lebuhraya. Ada iklan  dekat restoran makanan segera. kira macam-macam jenis iklan yang ada. Jadi, PCB nak bincangkan hanya tiga iklan sahaja yang seperti yang PCB sebut di atas.




sumber: Google


1) Iklan TV


Bayangkan tengah-tengah syok melayan Telenovela Rosalinda di TV3, tiba-tiba rancangan terhenti seketika akibat memberi laluan kepada penaja atau iklan. Terus hilang mood nak menonton. Kalau iklannya sekejap boleh diterima lagi, namun, iklannya pula mengambil masa yang terlampau lama. Kalau drama itu diperuntukkan sejam, hampir setengah jam adalah iklan dan hanya setengah jam sahaja drama.




2) Iklan Lebuhraya


Bila naik kereta atau apa saja kenderaan melalui lebuhraya, pasti mata sibuk memandang iklan yang terpampang sebesar alam di tepi jalan. Bukan main lagi strategi pemasaran yang dilakukan demi mengaut keuntungan. Tapi kalau boleh, janganlah iklan yang dipaparkan meletakkan gambar yang agak mengghairahkan. 



Bukan main lagi guna model wanita dengan 'pose' yang menggugat iman dekat iklan di lebuhraya semata-mata nak menarik perhatian ramai. Risau juga kalau ada mata yang asyik melihat iklan sehinggakan lalai dalam pemanduan. PCB berasa sangat kagum dengan negeri Kelantan yang mewajibkan semua wanita yang menjadi model iklan papan tanda bertudung. Sekurang-kurangnya dapat mengelakkan maksiat dan jauh lebih nampak ayu.



sumber: Google



3) IKLAN MAKANAN SEGERA


Sebut sahaja makanan segera, macam-macam terlintas dekat otak. Ye lah sekarang ni banyak betol makanan segera. Namun, ada satu benda yang PCB sedikit menyampah bila sebut pasal iklan makanan segera. Bila tengok iklan yang terpampang, punyalah besar ayam dia, punyalah besar burger dia. Kira berbaloi dengan harga yang diberikan. Tapi bila pergi beli, indah khabar dari rupa. Kecil betol!! tak berbaloi!!



Jadi jangan tertipu dengan iklan. Makanan yang ditunjukkan hanyalah untuk tujuan pengiklanan sahaja. bukan untuk dijual. Kalau nak tahu, makanan yang diletakkan dalam iklan bukanlah makanan yang sebenar. Semua itu adalah bukan makanan tetapi dibuat daripada bahan lain dan dijadikan seperti makanan. Kalau orang belajar kulinari, pasti tahu pasal "food styling".




ada sebarang komen atau pengalaman tentang iklan. jom kongsi dengan berhemah =D



p/s suka tengok iklan DIGI Maya Karin pakai tudung dekat papan tanda iklan dekat Kelantan

11 comments :

boni kacak said...

kebanyakan iklan menipu pengguna... sebab tu jangan percaya...

Anisa Anuar said...

jgn percaya pd iklan...tipu belaka..
*dramatik*

AHMAD AFIQ said...

iklan mmg indah dimata jer

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

pandang dpn wan, jgn lama2 tgk model tu..hihi

psl makanan segera kan, akak cukup geram sbb takda salad segar mcm kat beger tu.hahaha

sukakartun said...

biasalah tu..strategi pemasaran..sumanya nak kaut untung lebih..halal haram, penipuan, suma tolak tepi.

Syaifuddin Alias said...

tipu3...iklan tipu je

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Mudah terpengaruh dengan iklan filem Melayu. Nampak macam best, tapi tak best langsung. -,-

nik ros said...

tak caya sgt.lagi2 kalau iklan makanan..dlm tv nampak besar bila pi beli kecik jea.
sis pun suka bila blk kelate tgk iklan .semua bertudung kalau pompuan:)

Fauzi Blues said...

Kat KL Sentral?? Laaa..awat x jumpa pun td..lain kali sampai klsentral sila roger aku..bleh blanja aku minum minum...heheh..aku kerja kat situ..

TiranaAduka said...

kena langan astro bro.bru x byak iklan. Try hbo

Sharidawati Shahrudin said...

paling kak sha suka iklan Maxis sebab konsep yg digunakan ceria dan praktikal dgn kehidupan kita...