Friday, October 12, 2012

SINOPSIS DAN TRAILER FILEM AKU TERIMA NIKAHNYA


Assalamualaikum dan Salam sejahtera



Mulai daripada semalam, bermulalah tayangan filem Aku Terima Nikahnya dibawah arahan Metrowealth Pictures dengan membarisi Nora Danish dan Adi Putra sebagai heroin dan hero dalam filem ini.






Hero dan heroin dalam Filem AKu Terima Nikahnya



Di sini PCB ingin kongsikan sinopsis mengenai Filem Aku Terima Nikahnya..


"Cerita tentang kepayahan seorang isteri yang sangat setia, Arlisa (Nora Danish). Arlisa mengalami dugaan hebat apabila suaminya Johan lakonan Adi Putra ditimpa kemalangan.
Selepas kemalangan Johan telah hilang ingatan atau menghidap Selective Amnesia. Arlisa sedaya upaya menjaga suaminya yang hilang ingatan walaupun suaminya Johan tu tak langsung mengenali dirinya.
Arlisa mencuba untuk mengembalikan ingatan Johan dengan melakukan semula detik detik indah semasa mereka bahagia dulu.
Namun semuanya gagal mengembalikan ingatan Johan. Lagi dugaan perlu dihadapi oleh Arlisa ialah apabila Johan mula rapat dengan Suriya lakonan Mon Ryanti.
Johan makin selesa dan mesra di samping Suriya malah menyatakan hasratnya untuk menceraikan Arlisa kerana hatinya sudah terpaut kepada Suriya. Pergolakan yang semakin kencang itu memaksa Arlisa mengundur diri walaupun cintanya pada Johan tidak pernah berubah."

Sumber: Nurizspace


PCB belum lagi berpeluang untuk menyaksikan filem ini. InsyaAllah PCB akan menontonnya dalam masa yang terdekat ini dan akan memberi sedikit ulasan mengenainya. Jika dilihat, Filem ini adalah sebuah filem romantik dan pasti ada babak yang akan menyentuh perasaan anda.


Jika anda masih belum melihat official trailer bagi Filem Aku Terima Nikahnya, anda boleh tonton di bawah ini. Sudah pasti semua orang tahu kehebatan Nora Danish dan Adi Putra berlakonkan!!






Kepada sesiapa sahaja yang sudah menonton Filem ini, anda boleh tinggalkan komen anda di ruangan komen tentang Filem ini dan berapa rating yang anda berikan.Terima kasih.


10 comments :

Anisa Anuar said...

mesti byk yg sweet2 moment....hehehehe...

Rapunzeel Cikilolo said...

ada orang cakap cerita ni mcm drama je. tapi aku tak tengok lagi. hihi

boni kacak said...

wah..nora danish sebagai heroin.. ni yang menarik ni..

Leeza dayasari [santai leeza] said...

leeza nk tgk tp pk juga. hmmmm....
nnt lah tgk2 kan..
haaaa

aimaniman said...

x tengok lagi la akak... macam nak tengok tapi.. busy sikit weekend nie,.. baca sini jer dah rasa bagus jalan ceritanya..

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Tak sabar nak tengok cerita ni. :')

Syaifuddin Alias said...

sweetnya .. :D

Nisa said...

I will wait.

azalia hjsalleh said...

org ckp cite ni mirip the vow eyh?

azalia hjsalleh said...

org ckp cite ni mirip the vow eyh?