Saturday, November 17, 2012

2012 Tahunku Yang Kacak




2012 Tahunku yang kacak. Kacak? Apa itu definisi kacak? adakah kacak itu seperti wajah tuan penganjur contest ini iaitu Syaifuddin Alias ? Kacak berbeza mengikut pandangan masing-masing. ada yang kata kacak ini bila wajah dia cute ala-ala Kumpulan Kpop. ada yang kata kacak ini bila duit dalam bank beribu-ribu. dan ada jugak yang kata kacak ini bila seseorang tu belajar tinggi-tinggi sampai ke awan gituh.



ini contest. kalau nak kacak, kena join contest ini. Kalau mahu lagi kacak, boleh sponsor untuk contest ini. Mereka yang sponsor semua kacak-kacak. nak tahu siapa mereka? CiktomMksyahir, FauziBlues, Eizil Network, Lepakk[dot]Com, My Arrazi,  LadFeamir, penmerah[dot]com, PuanBee[dot]Com dan nurmisnan .



PCB secara jujur mengatakan 2012 adalah Tahunku yang kacak. Kacak dari segi pencapaian untuk diri sendiri.


Kenapa PCB katakan 2012 Tahunku yang kacak?


1) berjaya memperoleh segulung ijazah


Berkat usaha gigih selama ini dengan dorongan keluarga yang super duper sporting, PCB berjaya tamatkan pelajaran PCB di peringkat ijazah di UKM. Alhamdulillah. Nampak lebih kacak bukan bila dah ada ijazah dan ditambah pulak bergambar dengan jubah konvokesyen. hikhik. Kawan-kawan pon kena belajar tinggi-tinggi taw. Hanya ilmu yang boleh mengubah nasib kita.


Mereka semua super kacak bagi PCB =D


2) Ulang tahun blog ke 3


Siapa sangka blog Pak Cek Biola yang sebelum ini selalu dicemuh akhirnya bertahan sehingga hari ini. Pelbagai kritikan diterima dengan sabar bagi meningkatkan mutu blog. 3 tahun PCB bertahan dan akan bertahan untuk memberi info berguna buat semua pembaca. Terima kasih kepada 2067 follower yang mempercayai blog PCB dan juga kepada pembaca setia serta 'silent reader', tidak lupa kepada mereka yang selalau mengkritik.Kacak bukan bila kita ada blog.hikhik.



Header terkini blog PCB



3) Teman hidup sentiasa menemani


Yang ni poyo sikit. bukan mahu megah tapi bila dah ada teman hidup baru nampak lagi kacak kan.hikhik. PCB sudah berpunya. Adoi, ada yang marah ke? PCB mintak maaf ye. Hati PCB sudah dicuri. Hidup lebih sempurna bila ada yang menjaga kita dengan seadanya. Thanks awak. Nak tahu ke siapa orang yang curi hati saya?



TADA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Najwa Latif..hikhik.. gurau je.. PCB minat lagu kosong dia je.


p/s sangat merapu ye entri ini. lantaklah. sape nak join? contest ni kasi banyak hadiah oo.. jom join kat sini .



24 comments :

nur_za said...

gud luck pak cek biola.hee

hawiz said...

hawiz pon minat lgu kosong...yeahhhh

Anisa Anuar said...

good luck utk blog PCB...awesome year...

Leeza dayasari [santai leeza] said...

hihok najwa latif. hiiii....
tahniah dh dpt segulung ijazah.

Syaifuddin Alias said...

memang kacak dapat ijazah bro ..pape pun gua harap lu berjaya dan sukses selalu ..terima kasih kerana join ..persaingan sihat mampu diterjemahkan dengan entri menarik :]

Rapunzeel Cikilolo said...

memang kacak. hikhik

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Good luck, awak! :)

p/s: Dah berpunya? Alaa, baru nak mengorat. Hehe. :p

whitecappuccino said...

tahniah utk pcb..semoga terus kacak di msa2 yg mendatang :)

Syaifuddin Alias said...

jom meriahkan contest ni :D hadiah dah naik dah pun .trimas pada yang sudi menaja

boni kacak said...

good luck ye bro :)

Syaifuddin Alias said...

harap dapat alert dgn senarai penaja terbaru

KorN said...

kosong kosong kosong..
goodluck PCB.. !!

hnahdy said...

terkejut tengok gambar najwa. ingat betol tadi.haha

saifudin abu izzudin said...

salam super sahabat,
tetap semangat dan sukses selalu ya
ditunggu kunjungan baliknya :)

Mohd Lokman Bin Ramli said...

gudluck dalam contest itu.. ^_^.. salam perkenalan

itu Akhil said...

singgah sini..
gud luck utk contest ni..

ohcikgu said...

comel plak tengok gambar najwa latif tu. hehe..

ohcikgu said...

oh ya. goood luck dalam kontest tu!

♥ Miss Hearty ♥ said...

tahun 2012 anda memang kacak ! gud luck :)

Syarih said...

memang kacak bro...

wanayu said...

gudluck bro

akubiomed said...

Selamat berjaya dengan penyertaan contest ini. Selamat mencapai impian yang dihajatkan.

Mentari Minda said...


semoga berjaya dengan contest yang disertai...

syarih said...

seronok join contest nih....dapat ramai kawan...semoga maju jaya...