Friday, November 16, 2012

CUSTOMER IS NOT ALWAYS RIGHT




Assalamualaikum dan salam sejahtera.


"Customer is not always right"


biasa kita dengar "customer is always right." Tapi PCB nak tegaskan "Customer is not always right". PCB sangat tak suka bila orang berpegang pada pelanggan sentiasa betul dan segala yang dilakukan mereka adalah betul walau terang-terangan nampak salah.



Rasanya ada yang tahu PCB sekarang ini bekerja sebagai promoter DIGI. Seperti biasa, bekerja sebagai seorang promoter memerlukan kemahiran berkomunikasi yang baik dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Selain itu, PCB juga perlu melayan pelbagai jenis kerenah pelanggan yang bermacam ragam.


sumber: Google



Setakat ini PCB melayan je perangai customer dan semuanya ok. Walaupun ada yang dari negara yang slang English dia memang sukar faham, tapi PCB try jugak faham apa sebenarnya yang diorang nak.Tapi, PCB sangat kecewa dengan perangai seorang customer tdi dan dia adalah MELAYU.. PCB tak faham kenapa seorang pelanggan MELAYU perlu berlagak di hadapan pekerja MELAYU.



Dia ada main-main phone yang display dekat kiosk DIGI. Selepas itu, dia uji PCB untuk cari details berkaitan processor dalam phone Samsung Galaxy Note II. PCB beritahu yang memang dalam phone tersebut tak diberitahu tentang processor, kecuali version sahaja. Dia mula berlagak dan mengatakan phone dia boleh tunjuk processor. PCB terima teguran dia tapi cara dia berlagak memang skait hati kalau dilihat.



Cara dia cakap sangat berlagak sehinggakan kawan yang menemani dia terkejut dengan perangai dia. Seriously PCB dan pekerja lain naik angin dan sabar sahaja. Atas sebab apa dia nak sombong!! apa jenis MELAYU dia ni. PCB bukan nak hina bangsa sendiri tapi janganlah sebab dia customer, dia rasa dia betul dan perasan hebat.



p/s Pekerja juga ada hak untuk bersuara =D

8 comments :

boni kacak said...

melayu mudah lupa asal usul.. melayu mudah bongkak bila dia lebih daripada orang lain.. itulah masalah melayu... dan paling teruk , perasaan hasad dengki yang tak pernah padam.. banyak yang perlu bangsa kita belajar utk maju.. kalau tak, sampai bila2 bangsa kita mundur.

Fendy said...

memang ada pon orang macam ni....

iqbalsyarie said...

Baru nak cakap fasal melayu, tapi orang di atas dah sebut dan cerita :)

Ya, saya bersetuju. Siapapun kita, atas posisi apapun kita, sombong tetap benda yang perlu kita jauhi, kerana ia satu hal yang dilarang. Baik dari etika kemelayuan, lagikan pula lunas agama.

:)

Salam ziarah bro PCB. 1st time kut? Moga dapat bersahabat dan terus berkongsi di blog (alam maya).

whitecappuccino said...

sikap angkuh dan nak menunjuk ...konon dialah lebih tahu o pandai, sebenarnya itulah kelemahan o kekurangan diri dia...

Rapunzeel Cikilolo said...

kalo tknk beli dah ler, jangan la banyak komen.

kamu ada apa hal?

Leeza dayasari [santai leeza] said...

benar.
masa lepas spm dulu, leeza ada kerja yg kategorinya kena layan customer. stress.. kena yaaaaaaaa kan jew apa customer tu ckp. dia marah2 pun.. kena senyum jew..

Syaifuddin Alias said...

betul ...saya setuju

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Biasa lah, bangsa Melayu memang macam tu. Sabar je lah ye.