Saturday, November 3, 2012

GAMBAR MAJLIS PERKAHWINAN FARID KAMIL DAN DIANA DANIELLE



Tepat jam 9.15 pagi tadi berlangsungnya majlis perkahwinan Farid Kamil,31 tahun dan Diana Danielle, 21 tahun. Akad nikah telah diadakan di Hotel Flamingo By The Lake Ampang .Pasangan dinikahkan oleh Ustaz Haji Daim iaitu Pegawai Tadbir Agama Daerah Gombak.


Pasangan Pengantin kelihatan bagai pinang dibelah dua apabila Farid Kamil tampil segak sut lengkap rona putih manakala Diana Danielle cantik mengenakan busana tradisional moden berwarna putih dan pink. Pihak pengantin perempuan memberikan tujuh dulang hantaran iaitu set perfume Hugo Boss, cincin dan wallet, Majalah Polo, Diana's Mini Bike, sireh junjung, manisan dan Foto Album. Pihak pengantin lelaki pula membalas lima dulang hantaran berupa helmet dan motosikal, wang hantaran berjumlah RM20,000, sebentuk cincin Tiffany & Co, buku akaun pelaburan Maybank Gold dan set telekung dan sejadah.


Majlis resepsi bagi pengantin perempuan akan diadakan pada 30 November, manakala majlis resepsi bagi pengantin lelaki akan diadakan pada 12 Disember nanti.


Di bawah ini ialah antara gambar majlis perkahwinan Farid Kami dan Diana Danielle













sumber: Ohbulan .


Tahniah diucapkan buat Farid Kamil dan Diana Danielle. Semoga bahagia melayari bahtera rumahtangga dan cepat dapat baby comel =D



7 comments :

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Tahniah buat Farid Kamil dan Diana Danielle. Semoga kekal hingga ke akhir hayat. AMIN. :)

boni kacak said...

semoga mereka berbahgia hinggalah ke anak cucu..amin...

Syaifuddin Alias said...

semoga kekal bahagia :D sweet je dorang ni

KorN said...

kawen dah dorang.... sweet nyerr... smoga diorg berkekalan lah hendak nya ke akhir hayat... lpas ni anda pulak yer.. hehe

Iam Yanty said...

Semoga rumah tangga dier org sampai hujubg hayat.

kiera'sakura said...

versatile la majlis nikah depa. retis pun kan huuuu

tirahzairi said...

mereka sgt sweet