Monday, November 5, 2012

GANDAKAN RM100 KEPADA RM100,000



Sebut saja pasal duit, bukan main ramai lagi yang klik nak tahu macam mana caranya nak gandakan RM100 menjadi RM100,000. Ini bukan skim cepat kaya. Jadi jangan fikir nak kaya cepat dengan cara yang mudah dan singkat.



Jadi, Bagaimana caranya untuk melabur RM100 dan berpeluang untuk mendapatkan RM100,000?



Mudah saja. Anda cuma perlu depositkan RM100 ke dalam akaun SSPN-i melalui Bank Islam sekurang-kurangnya 30 hari dan berpeluang untuk menang RM100,000. Jadi, pada ibu bapa yang ingin menyimpan untuk masa depan pendidikan anak-anak. bolehlah menyimpan menggunakan SSPN-i. Siapa tahu rezeki anda untuk menang RM 100,000.






Untuk siri yang pertama bertarikh daripada 23 Jun sehingga 22 September 2012 sudah ada pemenangnya. Manakala, dari 23 September hingga 23 Disember bagi siri kedua belum ada pememang lagi.Jadi, tunggu apa lagi. Jom daftar akaun SSPN untuk anak atau adik anda yang masih kecil dan belajar bagi memudahkan nanti urusan pinjaman PTPTN mereka.



untuk maklumat lanjut, boleh klik sini .



p/s Hari pertama bekerja sebagai promoter di Digi untuk kerja sementara. penat =(


9 comments :

Anisa Anuar said...

wang besar, wang besar....hehehehe
*tbe2 jd mata duitan*

kiera'sakura said...

mcm da sorang kat opis akak nie. dia masuk skim simpanan ASB tue pastu dia menang first prize. myvi tue huuuuu

nini said...

ops....kalau untuk diri sendiri bleh ke....tadak anak....=p

boni kacak said...

wah..banyak tu..hehehe

Joe_Hans said...

Allergic tgok word PTPTN bila dah2 nak grad nie.... Hohoho

kay_are said...

owh.. ade gak promosi macam ni ye.. ingat cane r care die tadi.. huu

nik ros said...

keje part time yea. bagus2. tak pe penat.dapat duit dan plg penting pengalaman :)

Cik PensiL said...

ada sspn tak tau ? ish , -_-

hehe :)

Ain Dzaya said...

hahaha..nie baru betul skim cepat kaya..