Tuesday, November 6, 2012

NENEK 55 TAHUN AMBIL SPM



Usia bukan penghalang untuk menuntut ilmu. Itulah yang dilakukan oleh seorang nenek yang berusia 55 tahun iaitu Hasanah Abdullah yang mengambil SPM pada tahun ini selepas menanti selama 40 tahun yang lalu.



Nenek kepada tiga orang cucu ini menjadi calon persendirian di SMK Guar Cempedak. Beliau merupakan seorang guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) di Masjid Al-Amin Sungai layar, Sungai Petani.



Ini adalah antara berita mengenai SPM yang mampu memberikan anda motivasi untuk lebih berjaya. Untuk cerita mengenai kisah hebat pelajar SPM, boleh baca di sini .




Hasanah (kanan) ketika sedang menduduki peperiksaan SPM



Belajar sepanjang hayat


Ilmu memang kita kena sentiasa belajar. kira sepanjang umur dari kecil sehingga ke tua. Ramai orang salah anggap dengan ilmu. Mereka kata ilmu hanya untuk orang yang bersekolah dan pandai sahaja. Tetapi mereka lupa, ilmu bukan sahaja boleh didapati di sekolah sahaja. Di mana-mana ada ilmu. Asalkan hendak atau tidak sahaja.



PCB harap budaya ilmu dapat diterapkan dalam kehidupan seharian kita. Sebagai seorang blogger pon sentiasa belajar ilmu yang baru setiap hari.



notakakiPCB: Finding Nemo dalam 3D di sini


14 comments :

Rapunzeel Cikilolo said...

kesian pulak kalo nak suruh nenek aku amek spm...

mamawana said...

Tahniah pd Nenek. Nenek sgt hebat. Di masa rangmudo malas menuntut ilmu Nenek Guru Al Quran ini menjadi IKON. So Loves yr Quran most.

Ain Dzaya said...

gigih nenek tu amek spm..budak spm pun nak larik dari ambil spm..

Sunah Sakura said...

kan....

malu kejap dengan diri sendiri bila tengok kisah nenek ni..huhuhu

Anisa Anuar said...

belajar dh tak kenal usia...selagi ada semangat dan keazaman...tu lbh penting..kn??

Cik P.A. said...

thumbs up 4 nenek nie :)

Cik PensiL said...

rasa macam dah komen kat sini . kenapa tak da ? -_-

usaha tangga kejayaan der :D

Leeza dayasari [santai leeza] said...

nenek mmg hebat. seorang nenek pun boleh jer amek spm, kenpa mrk yg 17 thn tak nak.

boni kacak said...

baguslah nenek ni...terbaik.. semoga beliau berjaya dalam spm ni...

KiD said...

respek dengan nenek!!

محمد رازيق said...

aku terharu dengan semangat dia bro. itu lah org kat belajar adalah sepanjang kehidupan.

BlueiceButterfly said...

semoga nenek nie berjaya..kagum betul :)

kay_are said...

kalau nenek tu sendiri betul2 semangat bagus r.. semoga berjaya nenek! =)

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Jadikan nenek ni sebagai inspirasi untuk meneruskan pembelajaran. :')