Monday, November 5, 2012

REVIEW FILEM BUDAK PAILANG



Tadi, PCB meluangkan sedikit masa menonton wayang bersama blogger atulrahim di Midvalley untuk menonton Filem Budak Pailang. PCB akan review sedikit mengenai Filem Budak Pailang.


poster Filem Budak Pailang


Seperti yang korang tengok dalam poster, hero Filem ini adalah Aeril Zafrel (Bard) dan heroin filem ini adalah Wawa Zainal (She) dan turut dibantu oleh Niezam Zaidi(Rodi). Korang tahu tak pailang tu apa? Pailang tu adalah gangster, samseng, jahat dan suka membuli. kira yang ganas-ganas semua dia peganglah .



Secara keseluruhan, PCB bagi 7/10. Agak tinggi rasanya sebab PCB berpuas hati melihat filem ini. Dari segi aksi, PCB suka adegan tumbuk menumbuk antara team gengster yang berlainan sebab nampak real dan style. Memang ada kelas tersendiri dan berbeza daripada filem-filem yang lain. Sound effect dia memang best.



Dari segi jalan cerita ok cuma boleh ditingkatkan lagi. PCB suka perjalanan hidup Bard (Aeril Zafrel) yang berubah kepada seorang yang lebih baik dan berguna selepas meninggalkan dunia gengster kerana peristiwa tertentu. PCB suka filem ini kerana memberi banyak pengajaran kepada kita bahawa dunia gengster ini hanya membawa kerugian kepada diri sendiri. Cerita ini banyak memberi suspen terutama kepada perubahan watak Niezam Zaidi (Rodi) dan watak Wawa Zainal (She)daripada seorang yang baik kepada yang jahat kerana tekanan hidup. Mesti pelik kan? jadi kena tengok filem ini di pawagam =D.



PCB  suka dengan kehadiran pelakon sampingan seperti Mat Saja (Zalif Sidek) dan Epy Raja Lawak.Diorang berdua ni memang memeriahkan lagi filem ini. Walaupun mereka gengster dan menjadi geng Bard (Aeril Zafrel), tapi diselitkan juga unsur komedi yang natural. Nampaklah filem ini tidak sepenuhnya gengster.



Jadi, tak rugi tengok filem Melayu penuh aksi, Budak Pailang.



p/s Terima kasih kepada Arjunapopkorn sebab review blog PCB .



13 comments :

nik ros said...

ikut review ni , mcm menarik jea citer ni.

boni kacak said...

wah..macam menarik je filem ni...

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Memang best! 8/10 dari saya. :')

Anisa Anuar said...

nnt nk pi tgk la...tinggi tu 7/10

Edy Fee said...

hurmmmm pelakon boleh tahan la....\
harap2 penuh ngan aksi

Sue Echan said...

klw tgok pon sbb ade aeril je.. hehe..

Syaifuddin Alias said...

best cerita ni ..tapi nak buat macam mana tak berkesempatan g GSC ..huahuahua

kiera'sakura said...

akak nak tengok tapi pakcik tue xnak bwk akak tgk cite melayu hukhukhuk

KorN said...

7/10..? mcm kurengg jer... erm 50 50 jer nak tgk cter ni kat kat wayang.. huhu

kay_are said...

tengok trailer pun nampak menarik tapi kne tengok dulu baru tau.. huu

boni kacak said...

ramai cakap cerita ni best.. berbaloi beli tiket wayang..

...iSyA:Muslimah Purple* said...

waaahh..nampak besh..nak tengok ..tapi tak bolehhh..

Jeff Lee said...

Memang filem ni penuh aksi, macam 'The Raid'.