Wednesday, November 14, 2012

SALAM MAAL HIJRAH KE 1434




Assalamualaikum dan salam sejahtera.


InsyaAllah esok kita akan menyambut maal hijrah atau awal muharam yang ke 1434 . Tapi kalau ikut Islam, bermula waktu maghrib tuh, kira dah start hari yang baru kan. Esok semua cutilah ye. PCB masih bekerja seperti biasa.




Kenangan Maal Hijrah dulu-dulu...


1) Lagu 1 Muharam..

PCB yakin ramai yang tahu lagu ni.. bila tiba je Maal Hijrah, dekat TV dan radio biasa akan pasang lagu ini. Lagu ini memang sangat evergreen. sebab dah lama tapi tetap didengar oleh ramai orang.kita nyanyi skit nak tak? jom!!


"Satu muharam detik permulaan..
Perkiraan tahun islam hijrah..
perpindahan nabi dan umat Islam..
Dari kota mekah ke kota Madinah!!..



sumber: Resepi Raidah .

2) Bubur Asyura

Bubur Asyura ni memang famous bila tiba Maal Hijrah. Teringat zaman sekolah dulu, bawak tupperware untuk ambik bubur asyura sikit sorang. Bubur ni memang lembik bila panas.. Tapi bila dah sejuk, dia akan mengeras sendiri. lagi sedap, kalau letak dalam peti ais. tahan lama boleh makan =D.


Korang suka tak makan bubur asyura?



3) Tokoh Maal Hijrah

Zaman kecik-kecik dulu suka tengok sambutan Maal Hijrah dekat TV secara live. seronok tengok diorang celebrate dengan meriahnya. Yang penting masa berhimpun tuh, bila diorang announce tokoh maal hijrah. Bangga bila tengok kejayaan orang yang dapat tokoh maal hijrah. contoh macam Tan Sri Dato' Seri Zetty Akhtar Aziz. bukan main beliau berjaya dalam dunia ekonomi.



Jadi, PCB nak ucapkan salam Maal Hijrah ke 1434 buat semua muslimin dan muslimat. Semoga dengan sambutan tahun baru ini memberi semangat baru dan azam baru dalam menempuh kehidupan.


notakakiPCB: mengidam nak makan bubur Asyura.

16 comments :

amier_fekhry said...

salam maal hijrah PCB.. semoga kita akan berhijrah kepada yang lbh baik. mudah2an....

محمد رازيق said...

salam maal hijrah bro.

nik ros said...

salam maal hijrah. Bubur Asyura bestnya. suka kalau ade byk daging n kacang :)

time sekolah selalu ade aktvt kacau Bubur Asyura.

Anak Ulu Cheka said...

Salam Maal Hijrah 1434 Bro :)

Zulkbo zulkboCom said...

Salam Maal Hijrah 1434
semoga tahun ini menjanjikan
kita menjadi insan lebih baik dari
sebelumnya..

Leeza dayasari [santai leeza] said...

salam maal hijrah juga.

Ibu MIfzal Arysad said...

adus..sedapnyo bubur syuro ni...bubur kat sini lain sgt nga bubur kt klate..huhu

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

salam maal hijrah...

lapaq bubuq asyura...

antara banyak2 bubuq asyura GK rasa bubuq asyura sebelah utara ni paling sedap..bubuq asyura negeri lain byk sgt campurannya...

KorN said...

fuhh.. dah lama kot x makan bubur asyura tu... tapi tak la minat sgt, tapi kan jarang2 dapat...

salam maal hijrah PCB

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Salam Maal Hijrah. :)

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Salam Maal Hijrah 1434.. join segnmen saya.

zila manaf said...

suka bubur yg macam hijau sket kot wrna ie. slm maal hijrah

boni kacak said...

bubur asyura?? kenapa aku tak tau tentang bubur ni ye?? adeh..

Syaifuddin Alias said...

salam maal hijrah kepada bro

Edy Fee said...

slmt thun bru gak bro..
lama tak mkan kuih tu

Rapunzeel Cikilolo said...

sebut pasal lagu tu kan.

akak rumah aku kejut pakai lagu tu la semalam.

hikhik.