Saturday, December 29, 2012

BERGURAU BIAR BERTEMPAT



Hidup ni kalau boleh nak ada gelak-gelak, happy, baru syok nak hidupkan. tak mawlah dua puloh empat jam serius je. Dalam ramai kawan PCB, ramai jugak yang digolongkan dalam golongan kawan yang funny atau kelakar. Kira diorang ni boleh kasi kita gelak jerit-jerit waktu kita sedih atau marah.


Tapi kan, ada masa kita tak boleh nak bergurau sesuka hati je. kena tengok masa dan keadaan yang sesuai ke tak. Jangan main terjah je nak kasi orang gelak. kan tak pasal-pasal bukan orang gelak, penampar pulak yang dapat.


PCB nak share sikit pasal adab-adab nak bergurau. macam tak sesuai plak guna perkataan adab. tapi PCB tengah blur nak bagi perkataan apa yang sesuai. korang tolong fikirkan boleh tak?hehe.


1) Bergurau sekadar untuk suka-suka dan tidak melibatkan isu sensitif seperti kaum, agama, maruah peribadi seseorang

2) Bergurau perlulah sesuai dengan keadaan dan tempat.

3) Kalau nak bergurau dengan orang yang lebih tua, perlu berlapik sikit bagi menghormati mereka

4) Gelak tuh kalau boleh cover-cover skit. jangan gelak sampai tak hengat orang sebelah. bahaya tuh! kan tak pasal orang tak dapat beza kau dengan pontianak.



Sebenarnya benda ni baru je berlaku pada PCB. ada someone ni selalu datang ke booth PCB setiap hari untuk kacau PCB. Tapi, semalam mood PCB kurang skit, so bila dia bergurau tak berlapik, PCB naek hanginlah satu badan. Tapi takpelah, dia pon dah mintak maaf.so tutup kes.



Jadi kawan-kawan. Ingat, bergurau boleh tapi biarlah bertempat!!

13 comments :

BDRL HSYM said...

Kalau dah lepak ramai2 dgn kwn2 semua mmg x igt dunia lah bergurau bergelak sakan.. rindu nk buat reunion nxt year.. :')

Ayuni said...

betul, kdg2 gurauan tu bukan dh jadi gurau, wat sakit hati plak....

siti rokiah said...

betul tu gurau pun kena ada tempat dan masanya

Qarr Jalil said...

saya sungguh menyokong anda..bergurau itu kadang2 kene bertempat gak

hnahdy said...

kadang2 gurauan tu mcm serius ja. huhu kalau terasa diam xnak cakap. nanti 2 3 jam ok lah :)

Leeza dayasari [santai leeza] said...

setuju. bergurau biarlah bertempat...

whitecappuccino said...

ada orang saja nak sakitkan hati orang dalam gurauan..

Cikgu Fikri said...

tau xpew..
ada jenis org, tak tahu bergurau.. dia ingt dia buat lawak, tp dia tak tahu org trasa ngan dia..
tp tu lah manusia, mana ada yg sempurna. Kan? :)

boni kacak said...

aku ada masalah dengan benda tu.hahaha.selalu aku main langgar je bila bergurau..hahahaha.lepas ni kena berlapik sikit..hehehe

Mahamahu said...

Singgah nak cari kenalan blogger kat sini.. jom follow kami..

Blog : Mahamahu.com
Twitter : @mahamahu
Instagram : Mahamahu
Youtube : Mahamahu

Thanks u..

ejulz said...

kene pandai tgk reaksi kwn masa bergurau.. :)

Ezad Skytech said...

tu la..kena beragak la sikit nak bergurau pun...jgn main belasah je nak gurau...silap2 ada yg kena penampar nanti..huhu~

ahsfantasy Ryu said...

betul, jangan bergurau yang kebiawakan. hehehe..