Friday, December 14, 2012

iPhone5 KINI DI MALAYSIA



Bagi peminat gajet terkini pasti tidak akan melepaskan peluang untuk membeli produk terbaru Apple iaitu iPhone5 yang kini boleh didapati di Malaysia pada hari ini. PCB bila dah kerja dekat DIGI kenalah update pasal gajet tebaru kan.



jom kita tengok sekali imbas gambar iPhone 5 ni.




iPhone5 menarik perhatian ramai..


PCB baru je dapat briefing tentang iPhone5 pagi tadi untuk dipromosikan kepada pelanggan. Di bawah ini adalah antara kelebihan yang ada pada iPhone 5.


1) ultra fast wireless

penggunaan Wi-Fi yang lagi laju dan mampu download application pada kadar yang sangat laju


2)A6 chip

Processor dan CPU performance adalah dua kali ganda lebih daripada iPhone 4S. Processor bagi iPhone 5 ialah dual core 1.2 GHz.


3)Kualiti Panggilan

Apabila anda membuat sebarang panggilan, segala bunyi yang tidak berkaitan atau mengganggu perbualan anda akan ditapis dan anda dapat membuat sebarang perbualan dengan lebih jelas. hebat kan!!


4) Mengambil gambar sambil merekod video

Ketika anda merekod sebarang video, mungkin ada moment yang anda ingin jadikannya gambar. anda boleh mengambil gambar ketika merakam video. Kualiti kamera juga lebih cantik dengan 8 megapiksel dan gambar yang diambil kelihatan lebih menarik walau dalam gelap.


5) Inci skrin

Skrin yang lebih besar dengan imej HD iaitu 4 inci berbanding iPhone 4S yang lebih kecil dan berat yang lebih ringan.



Jadi pada peminat iPhone boleh dapatkan di lokasi yang terpilih sekarang!!

10 comments :

whitecappuccino said...

tak apalah..dah pakai galaxy s3 pn ok sgt2..

hafiz hafizol said...

I phone 1 pun aku x pakai lagi. ha3

azalia hjsalleh said...

kita setia kat samsung je *pejam mata*

Leeza dayasari [santai leeza] said...

ip5 pula... tak terkejar teknologi skrg nie.

Syaifuddin Alias said...

nak taget iphone 5 :D

arifpaan said...

mohon update kalau DIGI ada buat pertandingan offer iphone 5 free. hihi

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Tak minat !! Masih setia dengan Nokia. Hehe.

Sandra Azwan said...

best....nak beli la!;-P

Sunah Sakura said...

nakkkkkkk...murah tak ni? huhuhu..kalo amek pakej digi, berapa agaknya?

Ezad Skytech said...

tak tahu kenapa ezad tak minat dgn iPhone ni...heee~