Sunday, December 16, 2012

MANJA LEBIH-LEBIH BURUK PADAHNYA



Teringat gelagat seorang customer tadi, si anak merengek nak beli iPhone5, terus bapaknya belikan. Sekali lagi imbas ye. iPhone5 ye. bukan air pong 5. kau tahu berapa harga iPhone5? RM2000++.. yang paling penting anaknya PCB lihat baru sekolah menengah. untonglah lahir dalam keluarga berada. mintak saja semua dapat.



mungkin bapaknya kaya, so tak hairanlah mampu belikan untuk anak kan. yang pasal tuh, ikut kemampuanlah kan. dah mampu apa salahnya belikan untuk anak.tapi kan, ada satu isu lagi yang perlu dibangkitkan iaitu sifat manja.



Manja itu bagus bagi mengeratkan hubungan tapi apabila terlebih manja, buruk padahnya. Memanglah keinginan anak perlu ditunaikan, tapi biarlah bersesuaian dengan usianya. Kalau dilayan sangat keinginan anak, akhirnya ibu bapa yang sengsara. Anak tahu nak itu ini, tapi yang mencari rezeki siang malam adalah ibu bapa.Jadi, kawallah keinginan anak tuh.



Banyak dah PCB baca dalam surat khabar pasal padah terlampau manjakan anak. ada sampai sanggup jadi anak derhaka. ye lah, ibu bapa asyik dok ikot keinginan anak, sampai anak terasa terlampau selesa. Bukan tak boleh bermanja dengan anak, tapi biarlah ada batasnya.


renungkan dan selamat beramal =D

18 comments :

Diya Edhayaa said...

bile mak ayah xbg, mula m'berontak. bhya kalau jd cmni..

Eiqa Almond said...

amboiii awak nie dik..
akak nie pun pakai nokia X2 jee..
hahaa
susah jugak kan kalau manja sangat nie..
Kang makin menjadi2x..

whitecappuccino said...

sygkan anak biar berpada...manjakan lebih2 mmg kdg takut pijak kepala..

AZRUL AZMI said...

Setuju sangat ngan post nie...

Btw, hari tu (about 1 month ago) not really sure, saya rase terserempak dengan tuan blog di the gardens bersama seorang wanita... Ibu anda saya rase... but not sure la itu anda atau tidak...

Kalau senang, Datang La Menjenguk ke Blog Saya!!!

Shafiq said...

Setuju dengan PCB.. Manja-manja pun perlu ada batasnya. Risau naik lemak lak anaknya..

Leeza dayasari [santai leeza] said...

Leeza nk dpt ip ni pun kumpul duit sndiri...

adam narzuan said...

pcb... adam nak mintak note11 leh tak.. hehehe..

Mama Kembar 3 said...

amboi kecik kecik dah iphone 5? mama ni still nokia cikai jer hehehe. agree with u, nak manjakan mesti bertempat.

Warna Warni Kehidupan said...

manjakan anak sangat tak baik untuk kesihatan.. berbahaya untuk masa depan.. biarlah berpada2..

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Budak budak zaman sekarang memang manja tak tentu pasal. Mengada ngada je lebih.

Syaifuddin Alias said...

haish ...manja lebih2 pun nak mntak penampo ..hehe

Yan Ty said...

Nowadays kids are so spoil. Kita dulu nak ais krim malaysia pun xlepas. Xtau la apa nak jadi.

Leeza dayasari [santai leeza] said...

budak zaman skrg, mcm tu lah agaknya.

krole said...

aha btul tu bro...kena seimbangkn bab manja2 ni..kadang2 tu kena tolak jgk prmintaan dorank walopon ade kmmpuan, jgn terlmpau dimanja hngga tak boleh nak berdikari..tu yg ada kes kuang ajaq bla ank mnta ayah tak dpt bg~

hnahdy said...

sekarag mmg dah macam tu. ibu bapa ikut kehendak anak2.

Sunah Sakura said...

tu dia..akak pun nak la merengek kat ayah dia kaloo camtu..

J.Syazwana said...

pehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.
kalau aku dapat pelempang adelah dari apak aku. hahaha

Ezad Skytech said...

budak2 sekarang ni kalau tak dpt apa yg dia nak...mula la nak memberontak...adehh...apa la nak jadi...