Saturday, February 16, 2013

PELAKON KUSWADINATA MENINGGAL DUNIA



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pelakon veteran, Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang, 75, meninggal dunia di Hospital Ampang pada jam 5.07 petang tadi kerana menghidap penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar sejak beberapa tahun lalu. 



Selain menghidap penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar, Allahyarham turut menghidap mengalami penyakit prostat dan masalah buah pinggang yang teruk sehingga sukar untuk membuang air kecil secara normal. 



Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumahnya di Taman Rasmi Jaya, Ampang, Selangor. Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Kamariah Mohd Said, 57, dan empat orang anak.



Di bawah ini adalah di antara gambar allahyarham sepanjang hidupnya.





Semoga Allah mncucuri rahmat ke atas Allahyarham dan takziah buat keluarga Alahyarham.

3 comments :

Leeza dayasari [santai leeza] said...

moga arwah ditempatkan dlm kalangan org beriman. al-fatihah

Mak Lagenda said...

DrNYA kita dtg, dan drNYA jua kita kembali. Al Fatihah..

Izzat Eshak said...

Innalillah. Semoga beliau dipermudahkan urusan disana.