Wednesday, March 20, 2013

KEENAKAN DARABIF BURGER



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Semalam PCB berkesempatan ke Restoran Darabif Burger betul-betul belakang Pavillion, KL dan dekat dengan stesen monorail Raja Chulan. Tujuan asal nak jumpa blogger atulrahim atas urusan job placement. Dan disebabkan Restoran Darabif Burger ni berhampiran dengan tempat kerja atul, kami pon apa lagi terjah je lah. Atul ada bagitahu yang burger dia sedap.



Jangan korang tanya PCB kenapa namanya Darabif? kenapa Dara? PCB pon kurang pasti apa maksud dara dekat situ. Mungkin sekadar nama.



Restoran Darabif Burger.. Wisma Cosway..
kredit gambar: fazrol.com .



Ini kali pertama PCB try Darabif Burger. Burger dia sangat besar dan daging dia sangat fresh. Ditambah pulak dengan kentang goreng yang sangat sedap. PCB order combo Maxi moo dan atul order combo Hot Chick. Hot chick tu nama pendek hot chicken..hehe.. Ditambah pulak dengan menu tambahan iaitu Phat Chick (ala-ala jumbo hotdog). almaklumlah perot besar memerlukan makanan yang banyak.hikhik



Darabif Maxi Moo



Burger dia sedap. Sayur fresh, daging lembu dia memang tak berbau.. Daging dia padat dan juicy. PCB rasa tak rugi kalau nak cuba sebab harga pon berbaloi. Cuma kekurangan dia adalah Darabif burger tak banyak cawangan restoran. Jadi, susahlah kalau tinggal jauh kan. Yang PCB tahu ada dekat Wisma Cosway, Puchong dan bakal dibuka di Tropicana City Mall. Mungkin lepas ni Darabif akan bukak lebih banyak cawangan.



Jadi Pada yang masih mencari-cari restoran mana nak makan, PCB recommend Darabif Burger. Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk laman web Darabif di sini .

7 comments :

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Wahh, promote Darabif pulak. Bagus2. Hehe. :)

Ezad Skytech said...

macam baru lagi je darabif burger ni kat Malaysia...mcm best je nak try ni...:D

whitecappuccino said...

first tine dengar darabif ni

YaNa Yassin said...

Pernah beli Burger Frozen dia,.. masak sendiri kat rumah. Tak tahu pulak siap ada kedai. Bagus2, kena pi niee.

Hans said...

nak try la nanti

deno said...

emm... tetiba rasa nak mkn buger

KorN said...

darabeef? hhuhu... ape byk entry pasal burger je skg ni.. hehe... menguji keimanan btull