Tuesday, March 19, 2013

KELANTAN | NEGERI TERBAIK KEPUTUSAN STPM 2012


Assalamualaikum dan salam sejahtera





Kelantan mencatat sejarah apabila diumumkan sebagai negeri terbaik dalam keputusan STPM 2012. 12 calon daripada negeri ini mendapat semua A dalam semua matapelajaran dan 7 lagi calon mendapat 4A daripada lima matapelajaran yang diambil.



Bagi peratus calon lulus penuh pula adalah seramai 5,399 orang iaitu 95.12 peratus dengan mengatasi pencapaian peringkat nasional iaitu hanya 92.67 peratus. Enam matapelajaran mengatasi pencapaian nasional bagi negeri ini iaitu Perkomputeran, Kesusasteraan Melayu, Sains sukan, Geografi, Bahasa Cina dan Seni Visual.




Terdapat 4 calon STPM daripada negeri ini dinobatkan sebagai pelajar terbaik STPM 2012 peringkat nasional iaitu:

1) Azira Mohd Asri (SMK Bukit Jawa)
2) Nurhanisah Deraman (SMK Cherang Ruku)
3) Ahmad Herman Rodzi (SMK Ketereh)
4) Siti Aidah Othman (SMK Tendong)


Tahniah diucapkan kepada rakan saya (yang nama digelapkan) kerana adiknya merupakan salah seorang pelajar terbaik STPM 2012. Semoga peluang anda pada masa hadapan lebih cerah dan dapat membantu nasib keluarga =D.



Apa yang menarik dengan keputusan ini ialah kebanyakan pelajar cemerlang berasal daripada sekolah luar bandar. Hal ini menunjukkan bahawa kemiskinan atau kekurangan bukanlah faktor penghalang kepada kejayaan seseorang. Tahniah buat Kelantan!! Kelantan memang melahirkan ramai pelajar yang berjaya dalam pelbagai bidang =D.



4 comments :

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Kelantan memang hebat. Tahniah, Kelantan !! :)

shahfir said...

idup kelantan huhu..

nik ros said...

tahniah.bangga dgn org2 kalate.ada kwn pun adik dia pelajar cemerlang sek.

mohd hafiz dato' osman said...

Siapa sangka..Hebat Kelantan..