Friday, March 1, 2013

SELAMAT TINGGAL GEMS MSR07D



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pertama sekali, PCB nak ucapkan maaf pada semua pembaca blog PCB. Bulan lepas hanya 3 entri yang PCB sempat publish untuk bacaan semua. Sangat sibuk dengan kursus sehingga tiada masa untuk update blog.



GEMS MSR07D. Itu adalah nama batch untuk intake PCB join program ini. 2 bulan PCB bersama dengan 219 peserta yang lain dari seluruh negara berhempas pulas menuntut ilmu sebagai persediaan untuk menghadapi alam pekerjaan yang sangat mencabar. 8 modul pembelajaran perlu kami semua selesaikan bagi menyiapkan diri menjadi graduan universiti yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi untuk bekerja.



PCB secara peribadi ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana memberi peluang kepada graduan seperti kami untuk mempelajari ilmu yang sangat berharga. Bayangkan siapa yang tidak rasa bersyukur dapat tinggal di resort yang berhawa dingin selama 2 bulan dengan dilengkapi makanan percuma bertaraf tiga bintang, prasarana yang sangat hebat. semuanya percuma. malah, kami diberi elaun kerana kami dianggap bekerja, bukan belajar.



PCB sangat sedih semalam kerana perlu meninggalkan sahabat, kawan-kawan yang banyak membantu PCB di sini. Air mata bergenang mengenangkan bila lagi kami akan berkumpul bersama dan bercerita tentang masalah dan pengalaman masing-masing. Terima kasih buat kawan-kawan yang banyak membantu mewarnai hidup PCB sepanjang 2 bulan PCB berada di sana.



ku semadikan nama BFFku di pasir.. semoga nama kita kekal di situ..


 kenangan masa hari sambutan Maulidur Rasul..



 gembira bersama ketika Sports Day..


 Makan bersama sebagai tanda terima kasih..



 detik-detik terakhir bersama..


semoga kenangan yang kita ciptakan menjadi ingatan ke akhir hayat..



kenangan ketika malam Dinner Corporate..


 Terima kasih Kema.. Dialah sahabat di waktu suka, di waktu duka..



Selamat tinggal kawan-kawan.


Kita bertemu kerana Allah. Kita berpisah kerana Allah.

Anggaplah perpisahan ini sementara kerana kita belum pasti bila perpisahan yang abadi akan kita hadapi..


Minta maaf wan ucapkan untuk kalian semua. Semoga kita semua dapat berjumpa lagi..


p/s Harap -harap dapat placement area KL =D


6 comments :

Rapunzeel Cikilolo said...

pernah dgr masa baru grad dulu...

tapi tak join pun.

best eh?

ashadin said...

Sorry Wan, k sha pun dah lama tak jenguk blog Wan.. sedihnya baca cerita Wan..moga2 dah bersedia ye utk memulakan career :)

Leeza dayasari [santai leeza] said...

Leeza suka gak tulis nama kat pasir... Heee

KiD said...

betul wan... masa belajar.. adalah masa yang paling indah.. huhuhu

Ezad Skytech said...

memori indah ni patut disimpan sampai bila2...:D

Sunah Sakura said...

owh! ni kiranya macam imglad kat johor ni...bagus program macam ni, senang nak dapat kerja... :)