Sunday, March 17, 2013

TIPS MENGAWAL PERASAAN MARAH



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Marah. Setiap orang pasti akan melalui perasaan marah, walau sesabar dan sekuat mana kita menghadapi dugaan dan masalah. Marah itu adalah fitrah manusia apabila terasa diri mereka dicabar atau dihina, atau apabila sudah sudah melebihi batas kesabaran seseorang.


Namun, kita sebagai seorang manusia, lebih-lebih lagi sebagai seorang Islam perlu pandai dalam mengawal perasaan ketika marah. PCB ingin berkongsi beberapa tips untuk mengawal perasaan marah.


jangan marah-marah ye


1) Diam

Manusia apabila marah, mereka tidak dapat bertutur atau bercakap kata-kata yang baik. Jadi, kita boleh mengawal kemarahan dengan mendiamkan diri. InsyaAllah, apabila kita cuba untuk diam, kita akan lebih tenang dan dapat berfikir dengan lebih waras.



2) Berwudhuk

Salah satu kebaikan berwudhuk adalah dapat mengawal rasa marah kita. Jika kita marah, ambillah wudhuk dan InsyaAllah, wudhuk itu dapat menenangkan kita. Lebih bagus kita terus menunaikan solat untuk memohon keampunan dari Allah SWT.



3) Membaca isti'azah

Lafaz isti'azah ialah Au'zubillahiminassyaitonirrajim .Kita memohon perlindungan dari Allah SWT daripada syaitan yang direjam. Semoga dengan pertolongan Allah, kita mampu mengawal rasa marah kita. Selain itu juga, kita digalakkan untuk membaca ayat kursi dan surah tiga Qul.



Semoga dengan tips yang diberikan dapat membantu kita semua dalam mengawal perasaan marah.

3 comments :

Shafiq said...

Betul tu.. Lagi satu, kalau tengah marah tu kita berdiri, digalakkan duduk. Bagi sejuk dulu. :-)

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Saya lagi suka berdiam kalau tengah marah. Nanti akan okay dengan sendirinya. :)

Etuza Ezawarna said...

sangat bagus, biasanya ada saya aplay..lagi minum air putihkan..baca alfatiha dan berastagfar..