Sunday, March 10, 2013

WAJIB LULUS BAHASA INGGERIS SPM MULAI 2016


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



PCB tertarik dengan isu yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran yang menyatakan pelajar perlu wajib lulus Bahasa Inggeris (BI) dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2016. Kalau sebelum ini, kalau dah lulus Bahasa Melayu, kira dah lulus SPM kan.



Terima atau tak nak, Bahasa Inggeris memang penting dalam zaman globalisasi. Nak pohon kerja, semua temuduga dalam bahasa Inggeris. Siapa yang mahir berbahasa Inggeris, dialah yang menguasai pelbagai bidang. Sebab satu dunia selaraskan guna Bahasa Inggeris. Pergi mana-mana negara semua guna Bahasa Inggeris.



Namun begitu, perasan atau tidak, kita mula belajar Bahasa Inggeris sejak dari Darjah 1 dan mungkin ada yang lebih awal, namun, mengapa kebanyakan daripada kita tidak dapat bertutur dengan baik dalam Bahasa Inggeris. Bayangkan kalau seseorang itu belajar bahasa Inggeris sejak dari darjah 1 sehingga tingkatan 5. 11 tahun mempelajari Bahasa Inggeris tetapi belum mampu menguasainya dengan baik.



Faktor utama ialah persekitaran. Kebanyakan orang melayu berada di kawasan kampung dan lebih selesa bertutur dalam bahasa Melayu atau dialek masing-masing. Hal ini membuatkan pelajar tidak terdedah kepada persekitaran untuk bertutur dalam bahasa Inggeris.



Kebanyakan pelajar boleh menjawab secara baik dalam peperiksaan namun bila melibatkan pertuturan kesemuanya gagap untuk bercakap. Jadi PCB rasakan Kementerian Pelajaran perlu mengambil berat isu ini dan memfokuskan kepada pertuturan dalam Bahasa Inggeris.



p/s Tahniah pada yang baru sahaja menjalani ujian MUET iaitu kirin .

5 comments :

nini said...

tak apply dalam kehidupan sebab tu gagap...hehehe

Izzat Eshak said...

Betul juga ramai tulisan ok, bila bercakap tak berapa smooth

Ujang9897 said...

nasib gua dah abis spm... *tibe2.. =)

Mak Lagenda said...

Tak smooth sbb bukan x tahu tp x biasa aplikasikan dlm kehidupan nyata

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Bahasa Inggeris senang je. Hehe. :p