Sunday, April 21, 2013

CARA MENGHILANGKAN JERAWAT



Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Sebut pasal jerawat, memang cukup seksa. Bangun pagi tengok jerawat dekat muka, tangan mulalah gatal nak picit, terutama yang nampak macam ada nanah. Bila pecah jerawat tuh, rasa bahagia sangat. Tapi, rupanya esok jerawat itu datang lagi dan makin teruk. At last, tinggal lah parut yang super susah nak hilang.



Jerawat ni berlaku disebabkan pengumpulan kelenjar minyak terutamanya di kawasan muka. Orang muka cepat berminyak macam PCB perlu menjaga muka kerana peluang untuk jerawat tumbuh memang tinggi.






PCB nak share beberapa cara untuk menghilangkan jerawat. Semoga menjadi panduan untuk semua.


  • Gunakan pencuci muka, bukan sabun. Bahan kimia dalam sabun tidak sesuai untuk muka.
  • Cuci muka setiap hari, tapi jangan terlalu kerap dan kasar
  • Jaga pemakanan anda, kurangkan makanan berminyak dan berkacang.
  • Dapatkan rehat yang cukup
  • Elakkan daripada mengalami tekanan perasaan
  • Gayakan rambut tanpa perlu terkena pada kulit muka bagi mengelakkan kulit muka berminyak
  • Jangan picit jerawat anda kerana ia hanya menyebabkan radang pada muka.
  • Makan pil yang disyorkan oleh doktor yang bertauliah



Sekarang ini banyak dah dekat pasaran yang menyediakan produk untuk penjagaan wajah. Jadi, anda sebagai pengguna perlu memilih dengan bijak. Setiap pengguna mungkin mempunyai kesan berbeza dengan menggunakan produk yang berbeza. Mungkin ada yang sesuai dengan produk A, mungkin ada yang sesuai dengan produk B.




Anda perlu try and error. Sampai anda berjumpa dengan produk yang sesuai dengan anda. Muka kira antara aset kita sebab setiap orang akan lihat wajah kita setiap hari. Jadi, dengan wajah yang bersih dan cantik dapat memberi keyakinan diri kepada anda.


6 comments :

Mas Zull said...

assalamualaikum PCB....info yg menarik ni...:)

luqman zakaria said...

bile ckp pasal produk muke nih..mmg kene try and error sampai jumpe yg sesuai..huhu~

AinNawwar said...

ada orang cakap kalau nak bg jerawat cepat kecut letak ubat gigi kat muka. haish. macam2. haha

DilaMilin said...

Assalamualaikum..

Dulu sy pakai pncuci muka biasa je. Sekarang beralih pd sabun, tiba2 banyak pulak jerawat y muncul..pdahal sblm ni mane pernah2 naik jerawat kt muka ni. haisshh..nmpaknya kena tukar balik kpd pencuci muka biasa..kih2..

aDisH.sHidA said...

AKAK SUKA PICIT JERAWAT...DAN JERAWAT SELALU NAIK KAT DAGU NIE..HUHU

Erina syuhada said...

saye takk tau nakk pakai pencuci muke ape .