Friday, April 5, 2013

GAMBAR NENEK 94 TAHUN BERTANDING DALAM PRU 13



Maimun Yusuf, 94 tahun, mengesahkan akan bertanding dalam Pilihanraya Umum (PRU) yang ke 13 bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu. Nenek ini pernah bertanding pada pilihanraya sebelum ini dengan menggunakan tiket Bebas. Juga dikenali sebagai Tok Mun, beliau bertanding pada pilihanraya yang lalu dan kalah dengan hanya mendapat 685 undi. Tok Mun dijangkakan merupakan calon tertua bagi pilihanraya kali ini.



sumber gambar: Utusan .
Penolong Pengarah SPR Terengganu menyerahkan borang pendaftaran calon kepada Tok Mun




Tok Mun bertanding adalah atas sebab untuk menunaikan hasrat atau amanah orang lama. Beliau tidak takut untuk menang atau kalah kerana beliau hanya bertanding untuk mengingatkan amanah orang. Tok Mun bertanding adalah untuk membela nasib warga tua dan golongan miskin. Apabila ditanya mengenai modal untuk bertanding, beliau tidak risau kerana anak-anak buahnya akan membantu beliau. 




Antara gambar-gambar beliau pada pilihanraya yang lalu




Tok Mun bersama posternya




 Mengayuh basikal bagi tujuan berkempen




 Tok Mun tidak terlepas untuk membaca suratkhabar bagi mendapat isu-isu terbaru




 Hebatlah Tok Mun




Tok Mun disenangi oleh orang ramai.




Betapa gigihnya Tok Mun dalam bertanding untuk pilihanraya walau usia sudah lanjut. Siapa tahu rakyat lebih mengerti perjuangan suci seorang wanita itu. Kalau calon lain penuh dengan kepentingan masing-masing, PCB rasa Tok Mun layak untuk menang.hehe.




Apa kata anda?

6 comments :

Situs Top Info said...

kunjungan perdana gan...
salam kenal dan sukses terus.

Zamani Abe said...

cayalah!

Razil Tahir said...

respek dia!
tahu apa yang nak diperjuangkan dan terus perjuangkan...

kalau aku, hm.. kne ikut jer manifesto orang lain yang belum tentu pun dilaksanakan...

Ezad Skytech said...

bertanding lagi PRU kali ni...perghh...

Mak Lagenda said...

Tok mun nak bertanding sekali lg?? Alahai...siannya duit taruhan selama ni dikumpul dgn susah payah akan terlebur gitu aje

MindaKini said...

Semangat nenenk nie bertanding danberkempen