Wednesday, April 24, 2013

KEROZ NAZRI | PESERTA KEDUA TERSINGKIR DALAM MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA MUSIM KE 2



Selepas Yassin tersingkir, kini giliran Keroz Nazri pula peserta kedua tersingkir dalam MasterChef Selebriti Malaysia musim yang ke 2 episod ke 4. Untuk episod ke 3, mereka dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan merah yang diketuai oleh Celina Khor dan kumpulan biru diketuai oleh Norish Karman.



Gelagat kumpulan merah


Kumpulan merah dianggotai oleh Celina, Aznil Nawawi, Lydiawati, Enot, Kenchana Devi, Syanie, Rozita Che Wan, Afiq Muiz, dan Keroz.



Gelagat kumpulan biru


Kumpulan biru pula dianggotai oleh Norish Karman, Cat Farish, Sharifah Shahora, Zain Saidin,  Syura, Sabhi Sadhi, Michael Ang, Radhi OAG dan Sathia.




Untuk episod kedua, kedua-dua kumpulan perlu menghadapi Cabaran Sajian Luar. Mereka dikehendaki memasak dalam kuantiti yang besar iaitu untuk 150 orang tetamu yang terdiri daripada staf di Jabatan Pertanian.



Antara resepi kumpulan Merah dan Kumpulan Biru.



Dan keputusannya sudah pasti dapat diagak dengan raut wajah tetamu yang hadir untuk merasai makanan yang disediakan oleh kedua-dua kumpulan. Mereka boleh mengundi kumpulan mana yang menjadi pilihan mereka. Keputusannya ialah Kumpulan Biru yang diketuai menang.




Disebabkan kumpulan merah kalah, mereka terpaksa memasuki episod 4 iaitu pusingan penyingkiran. Untuk pusingan penyingkiran, hanya 5 daripada 9 peserta kumpulan merah yang perlu menyertai pusingan pengakhiran. Celina sebagai ketua kumpulan merah perlu memilih ahli kumpulannya yang perlu ke pusingan penyingkiran. Mengalir air mata Celina apabila dia menjadi serba salah. Namun atas tanggungjawab sebagai ahli kumpulan, 5 daripada 9 peserta kumpulan merah merelakan diri mereka untuk ke pusingan penyingkiran. Good attitude!! Mereka adalah Aznil Haji Nawawi, Keroz Nazri, Syanie, Afiq Muiz dan Rozita Che Wan.




kelima-lima ahli kumpulan merah yang merelakan diri untuk ke pusingan penyingkiran




Kelima-lima mereka perlu menyiapkan hidangan berasaskan PENGAT dalam masa 45 minit. Tahniah kepada kelima-lima mereka kerana berjaya menyiapkan hidangan berasaskan PENGAT dalam masa yang ditetapkan. Jom lihat Pengat yang mereka hasilkan.


Pengat Cha Cha (Aznil Nawawi)



Pengat Jagung (Rozita Che Wan)



Butir Nangka (Syanie)



Pengat romantik (Afiq Muiz)



Pengat Masih Ada yang Sayang (Keroz Nazri)



Namun akhirnya, juri bersepakat, Keroz Nazri terpaksa meninggalkan Dapur MasterChef Malaysia 2.  Teruskan usaha anda Keroz!! Good luck kepada peserta yang lain!!


sumber gambar: MasterchefMalaysia .