Saturday, April 27, 2013

LELAKI INI VERSI PCB | EKSKLUSIF DI RED BOX RIA SOGO KL


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Apa feveret korang kalau keluar lepak dengan kawan-kawan masa weekend? mesti yang addicted to food akan terjah menu baru yang ada di restoran-restoran kan. Kalau yang kaki bowling, mesti akan main bowling banyak games dan kalau ada yang kaki wayang, memang takkan lepaskan peluang tengok filem-filem hot macam IRON MAN III sekarang ini. Dan bagi yang kaki karaoke pasti akan terjah mana-mana RED BOX atau sama waktu dengannya untuk melepaskan perasaan di hati dengan menyanyi. gittew...




PCB memang suka semua dekat atas tu. yang penting time poket tebal la kan. Kalau poket nipis, almaklum tengok je lah orang lain bergumbira. Cakap pasal karaoke rasanya dah banyak kali PCB karaoke. Tempat biasa karaoke adalah dekat Lot 10. Memang feveret dekat sana. Jarang-jaranglah dekat tempat lain macam dekat depan Sungei Wang Plaza dan jugak Sogo.




Menyanyi tak de lah sedap mana. Asalkan sedap telinga mendengar cukoplah, telinga sendiri ok, telinga orang lain ado aku kisah.haha. Lupakan pasal pitching lari, tempo lari.. kita bukannya nak masuk pertandingan Kilauan Permata.. ehh!! nak karaoke tenangkan hati dan jiwa je.




tempat makan REDBOX yang sangat sedap makanan.. ambik je banyak mana..
sumber: GOOGLE



Tapi nak dijadikan cerita hari tu pergi karaoke dekat RED BOX RIA Sogo. nak pergi sana memang kena poket tebal sebab harga dia agak mahal. Dalam RM40+ seorang. Tapi rasanya berbaloi sebab karaoke berjam-jam lamanya ditambah boleh makan sebanyak yang mungkin. Makanan dihidangkan dengan cara bufet dan makanan dia sangatlah banyak. Malay ada, western pon ado.. Bagi kaki makan macam aku memang tak rugi bayar mahal, berpinggan aku hambik sampai orang kerja kat situ pandang-pandang. Lantaklah, aku bayar kot!! haha..




Tak syoklah kan kalau bercerita tapi tak dengar suara PCB nyanyi kan.. nak dengar ke? haha.. Sila tutup telinga masing-masing dahulu. risau terkejut dengar suara PCB yang non hado ni. haha....



video



Maaflah semua kalau suara tak sesedap penyanyi asal. Of courselah Anuar zain nye suara berdouble2 lagi sedap. Dia tu penyanyi. aku bukan. hahaha.. Yang penting level confidence nak nyanyi.. Jangan tanya kenapa ada cut2.. Confirm lah ada part aku tak lepas.haha..



jumpa lagi. bubbye.


4 comments :

luqman zakaria said...

aku selalu g redbox sogo uh...berbaloi2..heheheeh kn.

Izzat Eshak said...

Kalah Anuar Zain? Hehe

whitecappuccino said...

amboi2! bkn main lg yer? janji lepas angin.

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

HAHA. Jom karok lagi !! :)