Sunday, April 28, 2013

MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA MUSIM KE 2 EPISOD 5



Selepas empat episod berlalu, kini Masterchef Selebriti Malaysia Musim ke 2 telah memasuki episod 5. Siapakah yang akan disingkirkan selepas Yaasin dan Keroz? Jawapannya ada pada episod 6 nanti. Namun sebagai mana yang semua tahu, 4 selebriti akan bertanding dalam pusingan penyingkiran episod 6 nanti. Siapakah mereka? baca sehingga habis entri ini dulu.




Untuk episod yang kelima, kesemua selebriti perlu melalui Peti Saji Misteri + Ujian Cipta Rasa. Dan untuk minggu ini, Peti Saji Misteri adalah seperti di bawah:




itik, lemon dan gula melaka



Peserta perlu menyiapkan menu daripada ketiga-tiga bahan tersebut. Peserta diberikan hanya 3 minit untuk mencari 10 bahan yang lain di pantri. Mencabar bukan !! Dan nampaknya semua peserta berjaya menyiapkan menu mereka dalam masa 60 minit. Jom kita lihat 3 menu terbaik untuk kali ini.




 Itik Lemon (Sharifah Shahora)




 Itik rebus (Aznil Haji Nawawi)




Paha Itik Goreng (Celina)




Tahniah diucapkan kepada Sharifah Shahora, Pak Nil dan Celina kerana terpilih menjadi 3 yang terbaik untuk kali ini. Dan tahniah diucapkan kepada Pak Nil kerana menu itik rebusnya berjaya memikat hati juri dan menjadi menu terbaik untuk kali ini. Disebabkan Pak Nil menang, Pak Nil terselamat daripada proses penyingkiran kerana tidak perlu menyertai ujian berikutnya.




Untuk ujian berikutnya, setiap orang perlu menyediakan menu secara berpasangan dan Pak Nil diberi peluang untuk memilih pasangan-pasangan tersebut. Mereka ialah:


  • Rozita Che Wan dan Zain Saidin
  • Michael Ang dan Norish Karman
  • Enot dan Syanie
  • Radhi dan Kenchana
  • Celina dan Sabhi Sadhi
  • Syura dan Cat Farish
  • Lydia dan Sathia
  • Sharifah Shahora dan Afiq


Hanya seorang sahaja yang perlu ada di pantri untuk mengambil bahan dan masa yang diberikan hanyalah 45 minit. Bagi ujian cipta rasa kali ini, 4 pasangan akan menyediakan menu berasaskan ayam manakala 4 pasangan akan menyediakan menu berasaskan durian.



Juara bagi menu berasaskan ayam ialah Syura dan Cat Farish






Manakala bagi menu berasaskan durian pula dimenangi oleh Kenchana Dewi dan Radhi dengan menu Pengat Durian Cintan.






Bagi menjawab persoalan siapakah 4 artis yang terlibat dalam pusingan penyingkiran nanti, mereka adalah pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin dan pasangan Sathiya dan Lydiawati. Nantikan episod seterusnya.


sumber gambar: FB MasterChef Malaysia .


p/s Dengar banyak cerita tak elok pasal Zain. Adoi, buat malu je.

4 comments :

Arol Mubin said...

Baca komen2 kat Facebook MasterChef, ramai yang nak Zain tersingkir esok. Kita tunggu jelah esok! :D

アヌム said...

lapa la pulak pagi2 ni adoiii

Berita Kaki said...

wah3...sedapnya sedapnya

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Saja gandingkan Che Ta dengan Zain !!