Monday, April 29, 2013

MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA MUSIM KE 2 EPISOD 6



Selepas lima episod berlalu, kini MasterChef Selebriti Malaysia Musim ke 2 memasuki episod 6. Pada episod ini, akan berlakunya pusingan penyingkiran seperti yang dinyatakan pada entri lepas iaitu diantara Rozita Che Wan, Zain Saidin, Lydiawati dan Sathiya.



Untuk pusingan penyingkiran, keempat-empat selebriti perlu menyediakan menu selama 45 minit menggunakan bahan cabaran hari ini iaitu buah-buahan. Mereka diberikan masa hanya 2 minit sahaja untuk mengambil 10 bahan di pantri.





cabaran episod ke 6



Untuk cabaran kali ini terdapat sedikit gangguan di mana Sathia dan Zain Saidin sentiasa bertanyakan tentang apa menu yang perlu di buat kepada rakan-rakan sehingga menyebabkan   Lydiawati terasa sedikit terganggu. Zain Saidin tidak dapat memfokuskan apa yang dicadangkan oleh Chef Jo kerana sibuk mendengar pertolongan daripada rakan-rakan. Namun, keempat-empat selebriti berjaya menyiapkan menu mereka. 




English Pancake (Zain Saidin)


 Kastard Puding Strawberi (Lydiawati)


 Pengat pisang, cempedak goreng dan rojak buah-buahan (Sathiya)



Rojak Bulu Mata (Rozita Che Wan)




Untuk proses penyingkiran kali ini, Rozita Che Wan dan Sathiya terselamat pada mulanya. Kemudian disusuli oleh Lydiawati. dan yang tersingkir kali ini seperti yang diramalkan iaitu Zain Saidin. Zain Saidin cuba mempertikaikan mutu pengadilan ketiga-tiga juri MasterChef dengan mengaitkan isu Pak Nil mendapat imuniti sedangkan Pak Nil meminjam nasi daripada Kenchana Dewi.



Setelah membaca komen kawan-kawan peminat setia di Facebook MasterChef, ramai yang tidak berpuashati dengan sikap Zain yang dikatakan tidak profesional, tidak berdisiplin, kurang ajar. Mungkin ada betulnya yang Zain cakap tapi mungkin caranya tidak sesuai dan agak keterlaluan.


Apapun kita tinggalkan kisah sedih yang sedikit mencalar nama MasterChef Malaysia ini. Kita teruskan dengan pusingan seterusnya. Untuk episod seterusnya, mereka semua akan menghadapi Cabaran Sajian Luar dan dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kali ini Kenchana menjadi ketua bagi Kumpulan Merah dan Syura menjadi ketua bagi kumpulan Biru.





Semoga berjaya kepada kesemua mereka untuk cabaran seterusnya. 


Untuk membaca komen panas peminat MasterChef terhadap Zain Saidin dan melihat lebih banyak gambar, boleh merujuk ke Facebook MasterChef Malaysia .


p/s memang tema baju tidur ke diorang semua ni =D

6 comments :

Suspek Utama said...

Norish Karman muka x redha masuk team merah..haha

Sunah Sakura said...

itu la....akak tengok malam tadi, geram pulak dengan zain tu..hadoii...malu kalo jadi che' ta...=.="

Berita Kaki said...

hahaha...sodap nya...hehe..jap, banner ko buat aku tergelak ..heheheh..cun bro

YanaUjang said...

tgk gak mlm td...kut ye pn ada penyakit baran, agak2 lerr awk tu selebriti...x stuju langsung apa yg dia pertikaikn..nmpk nau mcm xpernah msk apa2 pertandingan ms skolah or kolej..hehh~

anip said...

baran jgk si zain ni

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Nampak sangat NK tak suka masuk kumpulan Merah. HAHA.