Wednesday, May 1, 2013

MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA MUSIM KE 2 EPISOD 8



Selepas tujuh episod berlalu, kini Masterchef Selebriti Malaysia Musim ke 2 memasuki episod 8. Kumpulan Merah yang kalah pada Cabaran Sajian Luar yang lepas perlu melalui pusingan penyingkiran. Kumpulan Merah terdiri daripada Celina, Radhi, Kenchana, Pak Nil, Sathia, Norish Karman, Enot dan Afiq Muiz.



kumpulan Merah di pusingan penyingkiran.




Bahan utama untuk pusingan penyingkiran kali ini ialah 'pancake mix'.Para selebriti perlu menyediakan hidangan 'pancake' yang menarik dan lazat. Mereka diberi masa hanya 2 minit sahaja untuk mengambil 10 bahan di pantri. Mereka hanya diberikan masa 45 minit sahaja untuk menyediakan hidangan.



Jom kita lihat antara hidangan 'pancake' yang menarik perhatian.



 Stacked Berry Pancake (Celina)




 Crape Blueberry Hancur Hatiku (Enot)




 Blueberry Muffin with Cream Cheese (Pak Nil)




Lempeng di Tepi Muara Teluk Kemang (Kenchana)




Kesemua peserta mendapat pujian yang baik daripada juri chef. Namun begitu, setiap episod pasti ada penyingkiran. Akhirnya diumumkan bahawa Sathia akan meninngalkan MasterChef Malaysia. Namun begitu, kelihatan kepuasan pada wajah Sathia. Sathia menyumbangkan RM2000 kepada Malaysian Liver Foundation.







Antara kata-kata Sathia yang akan diingati ialah "Kalau saya tak keluar, Sape mau keluar. Diorang dalam sana semua bagus-bagus tau". Betapa merendah dirinya beliau. Congrats Sathia.


Untuk kesemua gambar, boleh tengok FB Masterchef Malaysia .



Untuk episod sebelumnya, boleh lihat link di bawah.









Terima kasih kerana membaca.


3 comments :

deno said...

sathia dah kuar?? alahai.. tak bleh tengok dah lawak dia... btw, sedap2 la makanan.. emmmm

ohcikgu said...

sathia keluar? ala..yasin pun dah keluar..

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Sedapnya Blueberry yang Pak Nil buat. :p