Saturday, April 13, 2013

PUNCA ANAK HILANG SELERA MAKAN



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Ibu bapa pasti risau apabila melihat selera anak untuk makan semakin berkurang. Yang paling ketara adalah apabila wajah anak semakin cengkung dan berat badan susut. Ibu bapa pasti mencari apakah punca yang menyebabkan anak mereka hilang selera makan.




Di bawah ini adalah di antara punca mengapa anak hilang selera makan.








1) Terlalu banyak bermain

Usia anak anda adalah masa yang sesuai untuk mereka bermain bagi meningkatkan daya pemikiran mereka. Namun begitu, sebagai ibu bapa, anda perlu mengawal waktu bermain mereka dengan mengajak mereka untuk makan pada masa yang ditetapkan. Cuba bayangkan sekiranya waktu makan mereka adalah tidak teratur. Lama kelamaan mereka akan kurang selera untuk makan.




2) Tahap kesihatan

Kesihatan juga memainkan peranan penting dalam mempengaruhi selera makan anak. Usia anak ketika ini cepat terdedah kepada pelbagai jenis penyakit kerana sisitem imun badan baru mula untuk meningkat. Demam, batuk dan selsema adalah antara penyakit yang selalu terkena kepada kanak- kanak. Apabila anak-anak terkena penyakit, secara automatik selera akan menurun. Ibu bapa perlu menyediakan makanan yang sihat untuk mereka.




3) Cara penyediaan makanan

Jika kita yang sudah dewasa juga jemu apabila dihidangkan dengan makanan yang sama, apatah lagi pula bagi kanak-kanak. Kreatifkan cara penyediaan makanan dan letakkan makanan yang berwarna-warni bagi menigkatkan selera makan anak-anak.




4) Tiada rakan sebaya

Tidak dinafikan rakan sebaya memberi pengaruh besar terutamanya kepada anak-anak. Cuba bayangkan jika kawan anak-anak makan dengan berselera, sudah pasti anak anda juga akan mengikut jejak langkah mereka.




Ini adalah di antara pandangan peribadi sahaja. Anda pasti ada pengalaman kenapa kanak-kanak hilang selera makan.

2 comments :

Zamani Abe said...

kalau orng dewasa hlg selera mkn? hehe

Leeza dayasari [santai leeza] said...

org tua pun boleh hilang selera makan adakalanya. heeeeee