Monday, April 22, 2013

YASSIN | SELEBRITI PERTAMA TERSINGKIR MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA MUSIM KE 2



Episod pertama MasterChef Selebriti Malaysia Musim ke 2 telah pun berlangsung. Bermula dengan pusingan pertama iaitu Peti Sajian Misteri, kesemua selebriti dikehendaki memasak makanan kegemaran peserta selebriti yang lain yang mereka dapatkan hasil daripada memilih dapur kesukaan mereka. Mereka perlu mengagak apakah makanan yang diminati oleh selebriti yang mereka dapat.



Wajah ceria Selebriti MasterChef Malaysia 2 menerima apron masing-masing.



Untuk pusingan kedua iaitu Ujian Cipta Rasa, para selebriti perlu menyediakan resepi daripada sejenis pasta iaitu Cannelloni. Dalam pusingan ini, ada beberapa selebriti yang sudah tersalah konsep dan lima daripada mereka terpaksa ke pusingan penyingkiran. Mereka adalah Radhi, Kenchana Devi, Sabhi Sadhi, Yassin dan Zain Saidin.




Untuk episod kedua iaitu pusingan penyingkiran atau Ujian Sajian Pantas, mereka berlima dikehendaki membuat menu berkaitan dengan ikan sebelah. Ini kali pertama PCB mendengar ikan ini. Sebelah ikan ini mempunyai kulit yang tebal dan gelap serta isi yang tebal, manakal sebelah lagi mempunyai kulit yang nipis dan lebih cerah serta isi yang nipis. Sebelum memulakan tugasan tersebut, mereka diajar untuk memotong dan mengambil isi ikan dengan cara yang betul.




Jom kita lihat menu ikan sebelah yang disediakan oleh mereka berlima.




 #MasterChefMY - Hidangan Fish n Chips (Zain Saidin)




 #MasterChefMY - Hidangan My Lemon Solo (Radhi OAG)




 #MasterChefMY - Hidangan Sweet & Sour Fish (Kenchana Devi)




 MasterChefMY - Hidangan Grilled Fish (Sabhi Sadhi)




MasterChefMY - Hidangan Ikan Goreng Berat Sebelah (Yassin)




Ramai yang menyangkakan bahawa tiada penyingkiran yang akan berlaku pada minggu pertama. Namun, hakikatnya ada yang tersingkir. Yassin adalah selebriti pertama yang tersingkit untuk MasterChef Malaysia Musim ke 2. Yassin menghadiahkan RM500 kepada Persatuan Orang Kerdil Malaysia.




Nantikan episod seterusnya!!

6 comments :

Badrul Hisyam said...

oh, ikan sebelah ni kan famous gak.. kan ada citer yg nabi makan sebelah bhgn ikan ni pastu lepas kat laut.. flatfish nama english dia.

aDisH.sHidA said...

MASTERCHEF SELEBRITI MUSIM NIE NTAH LA KENAPA MCM TAK TERASA NAK TENGOK SANGAT HUHU

adzairdawati makdara said...

aiseymen mak sampai skrg tak sempat lg nak nengok masterchef terbaru ni huhuhu

Leeza dayasari [santai leeza] said...

tak tahu pun yg dh mula. adoi.

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Ingatkan tak ada penyingkiran. Rupanya ada jugak. Kesian kat Yasin. Tapi nampak sangat memang dia tak pandai memasak.

BUNDA a.k.a KN said...

tak sempat nak tengok telatah dia lagi dah kelua...