Sunday, May 19, 2013

ADAM ADLI DITAHAN POLIS



Seorang pelajar UPSI, Adam Adli ditahan polis pada jam 3.15 petang di Bangsar Utama semalam. Dia ditahan berdasarkan kenyataannya yang dikaitkan berbaur hasutan pada Forum 13 Mei Hari Bangsa Malaysia anjuran Suara Anak Muda Malaysia.




Mari kita baca antara artikel Adam Adli ditahan di Berita harian:



"Kuala Lumpur: Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abd Halim ditahan mengikut Seksyen 4 (1) (C) Akta Hasutan 1948, semalam. 


Adam, 24, yang juga aktivis pelajar ditahan sepasukan polis jam 3.15 petang di Bangsar Utama di sini. 
Dia ditahan berikutan kenyataan berbaur hasutan yang dibuatnya pada Forum 13 Mei Hari Bangsa Malaysia anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) di Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) di sini, pada 13 Mei lalu. 




Mahu anjur protes jalanan


Pada forum itu, Adam dikatakan menyertai beberapa badan bukan kerajaan (NGO) memanggil satu perhimpunan jalanan besar-besaran untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap proses pilihan raya umum, 5 Mei lalu.


Mengikut Seksyen 4 (1) (C) Akta Hasutan 1948, mana-mana orang yang didapati bersalah menghasut atau menyebut apa-apa perkataan menghasut boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali."





PCB sebenarnya malas nak menjelaskan isu ini dengan lebih lanjut. Buat Adam Adli, memang anda ada hak untuk bersuara, tapi habiskanlah dulu pembelajaran anda di universiti. Sikit-sikit kena tahan, sampai bila nak habis belajar. Anda ingin menegakkan hak anda, tapi dalam masa yang sama anda sudah mencemarkan nama universiti anda.


Apa pandangan anda mengenai kes Adam Adli! Sebarang komen diucapkan terima kasih.

sumber: BH .

2 comments :

whitecappuccino said...

belajar dulu sampai habis lepas tu buat la nak buat apa pun..nampak sangat nak tunjuk besar kepala. sorry...

Cik Diana said...

Sepatutnya buat secara bijaksana.Fikir la dulu sbb masih belajar kan. Sekarang nie banyak masalah yang timbul ada la. Pape pon dOakan yg terbaik utk dia.