Sunday, May 19, 2013

MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA MUSIM 2 EPISOD 17


Masterchef Selebriti Malaysia Musim 2 Episod 17 telah disiarkan malam tadi. Kali ini hanya tinggal 12 peserta sahaja setelah Norish Karman telah tersingkir pada episod yang lalu.



Untuk episod kali ini, peserta akan menghadapi Cabaran Peti Saji Misteri. Peti Saji Misteri kali ini adalah buah kelapa dan mentarang. 45 minit diberikan bagi setiap peserta untuk menyediakan hidangan. Pelik kan hidangan yang bercanpur buah kelapa dan mentarang. Jom kita lihat antara menu yang disediakan oleh peserta.



 Mentarang Bakar Bersama Tomato dan Sup Kelapa (Celina)


 Tomyam Kelapa Baik Punya (Enot)


Mentarang Bakar Keju (Syanie)



Dan pemenang bagi cabaran peti saji misteri ialah Syanie dengan resepinya mentarang bakar keju. Untuk cabaran seterusnya, peserta akan menghadapi ujian cipta rasa di mana peserta perlu menyediakan hidangan bertemakan kreatif dan Inspirasi. Enot menangis kerana dibesarkan dengan tiada ibu di sisi. Namun, itu tidak mengganggu Enot untuk menyediakan resepi sahabt kesayangannya iaitu Didie Alias.



45 minit diberikan kepada mereka untuk menyiapkan hidangan. Syanie yang memenangi cabaran kali ini diberi ganjaran dengan open pantry. Jom kita lihat antara hidangan yang disediakan oleh mereka.



 Hidangan daripada Celina


 Puding Roti (Enot)


Mummy's Chic Pie (Syanie)


 Ayam masak merah (Syura)


Hidangan dari Michael Ang



Pemenang untuk cabaran kali ini ialah Michael Ang. Tahniah Michael! dan 4 selebriti terpaksa bersedia untuk ke pusingan penyingkiran. Mereka adalah Celina, Syura, Radhi dan Enot. nantikan pusingan penyingkiran di Astro Ria pukul 9 malam ini.

No comments :