Monday, May 13, 2013

EPISOD 15 | MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA 2



Masterchef Selebriti Malaysia 2 telah memasuki episod yang ke 15. Dalam episod kali ini, semua selebriti akan menghadapi Cabaran Sajian Luar.


Tempat : Restoran Songket Kuala Lumpur
Bilangan tetamu : 50 orang (tetamu tempatan serta tetamu dari luar negara)



Untuk cabaran kali ini, kedua-dua kumpulan iaitu Merah dan Biru perlu menyiapkan hidangan pembuka selera, hidangan utama, pemanis mulut dan minuman dalam masa 3 jam sahaja. Makanan yang dihidangkan nanti perlulah mempunyai citarasa Malaysia.



Jom kita lihat hidangan bagi kumpulan merah dan biru



 Kumpulan Biru


kumpulan Merah


Bagi PCB, kumpulan Biru lebih teratur di bawah seliaan Celina berbanding kumpulan merah di bawah Norish Karman. Celina tegas tetapi memberi kebebasan untuk anak buahnya melakukan kerja mereka. Norish pula seorang ketua yang suka mengarah dan suka melakukan kerja orang lain tetapi separuh jalan sahaja. Lihatlah bagaimana pada awalnya sibuk nak membakar sate dan kemudian tinggal seperti itu sahaja sate yang sedang dibakar.



Keputusan akan diumumkan pada episod seterusnya. PCB rasakan pasukan BIRU yang menang. Anda pula?

5 comments :

aziekz said...

Rase cmtu jgk. ?.biru menang,,sbb teratur...hidangan not bad,,.

Tp nape iklan tnjuk pasukan biru...lbiasa yg masakllll pasukan kalah,l

Suspen,

akmall said...

tak suka Norish Karman.. episod penyingkiran.. i nak tengok dia keluar.sekian.

deno said...

biro kot :) tak suka jugak NK

boni kacak said...

norish karman tak mempunyai karisma lah rasanya..

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Kumpulan Biru layak menang. Yay !! :D