Sunday, May 19, 2013

EPISOD 18 MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA 2 | ENOT TERSELAMAT



Pada episod 18 Masterchef Selebriti Malaysia 2, empat selebriti memasuki pusingan penyingkiran. Mereka adalah Celina, Radhi, Syura dan Enot. Dalam ujian penyingkiran kali ini, mereka akan menghadapi cabran memasak hidangan berasaskan BELUT.


Chef memperkenalkan BELUT sebagai bahan utama kali ini.



Mereka mempunyai masa 45 minit sahaja untuk menyediakan hidangan belut yang menjadi nasib kepada mereka untuk terus melayakkan diri mereka untuk menyertai Masterchef 2 atau tersingkir pada episod kali ini. Memasak belut memerlukan kaedah tertentu seperti menyiang belut dengan menggunakan tepung, asam jawa atau perahan air limau nipis.



45 mintit telah berlalu dan mereka berempat berjaya menyiapkan hidangan belut walaupun pertama kali memasak belut. Mari kita lihat hidangan yang telah mereka berempat sediakan.



 Belut Lemak Sweety (Syura)


 Belut Merah (Enot)


 Belut Panggang Cina (Celina)


Belut Salute (Radhi)



Akhirnya hidangan Radhi iaitu Belut Salute menjadi hidangan terbaik. Ketiga-tiga hidangan yang disediakan oleh Celina, Syura dan Enot mempunyai sedikit kekecewaan oleh chef. Namun begitu, akhirnya Enot tersingkir daripada meneruskan Masterchef Selebriti Malaysia 2. Semoga Enot akan terus memasak di luar sana.


TAPI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Ketika Enot hendak keluar daripada pintu utama Dapur Masterchef, pintu tidak boleh dibuka kerana dikunci. Rupa-rupanya itu satu isyarat bahawa Enot terselamat kerana episod kali ini tiada penyingkiran. Tahniah Enot! Anda terselamat.



Jom kita lihat Episod Masterchef Selebriti Malaysia Musim 2:





sumber gambar : FB Masterchef Malaysia .

2 comments :

Teena Tna said...

Memang suspen jer time tu, patutlah sebelum nak kuar tu chef ada bg ucapan kt enot..haha

Yumida Huda said...

wah...suspen nye!
ske tengok syani n enot masak
mcm sedap
celina n micheal ang pon bez...teringin nak merasa air tgn diorg