Saturday, May 4, 2013

GAMBAR MAJLIS PERKAHWINAN JEHAN MISKIN DAN JULIE CAMELIA RHEE


GAMBAR MAJLIS PERKAHWINAN JEHAN MISKIN DAN JULIE CAMELIA RHEE

Petang tadi berlangsung majlis perkahwinan Jehan Miskin dan Julie Camelia Rhee, seorang wanita berbangsa korea. Akad nikah telah diadakan di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur tepat jam 2.40 petang tadi. Mereka diijabkabulkan oleh Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Sahirman Ahmad dengan 2 kali lafaz.



Mas Kahwin untuk perkahwinan Jehan Miskin dan Julie Camelia Rhee adalah RM 12,000.00 Pihak pengantin wanita menerima 3 dulang hantaran daripada pihak pengantin lelaki. Manakala pihak pengantin wanita juga membalas 3 dulang hantaran. Antaranya ialah komputer riba jenama Apple, Set mandian dan set beg Braun Buffel.



Di bawah ini ialah antara Gambar Majlis perkahwinan Fasha Sandha dan Jejai.



Sumber: Roti Kaya .


Majlis Akad Nikah di Carcosa Seri Negara




 Julie Camelia Rhee mencium tangan suaminya.




Jehan Miskin dan Julie Camelia Rhee sah menjadi suami isteri




 keluarga Jehan Miskin dan Julie Camelia Rhee.



Semoga Jehan Miskin dapat mengajar Julie Camelia Rhee menjadi seorang Islam yang sejati. Semoga mereka berdua kekal sehingga ke akhir hayat. Amin.

1 comment :

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Tahniah, Jehan dan pasangan !! :)