Tuesday, May 14, 2013

"KALAU NAK DERMA, KENA RM20"


Assalamualaikum dan salam sejahtera.



nak menderma pon kena ada harganya?
ye, itulah yang PCB dan rakan sepejabat kena dalam 2 minggu lepas.





Waktu itu PCB dengan rakan sepejabat baru lepas lunch dan melepak sekejap di belah bawah ofis. Sedang duk melepak, datang seorang cina perempuan ke arah kitorang.


Perempuan cina : Hye adik semua. ada baca Kosmo, Metro.

Kawan PCB: kitorang tak baca paper mengarut semua tuh..


PCB dalam hati terfikir apahal perempuan tetibe nak beramah mesra dengan kitorang. 
Pasti ada something yang dia nak.





Mula lah perempuan tu beramah mesra masuk bab bola dan bla bla bla bla bla.. 
Tak lama kemudian, dia keluarkan satu fail dan bagitahu dia daripada sebuah pertubuhan kebajikan kanak-kanak. 
PCB bila tengok fail tuh, PCB mula malas nak layan. 





Dah ramai sangat orang macam ini datang. Kadang-kadang kita sendiri rasa sukar nak percaya.
"Betol ke diorang ni dari .........................." Pergi mana-mana ada je diorang ni. 
dekat kedai mamak, restoran, kaki lima. Ramai betol pekerja diorang.






Kawan PCB ada hulur satu not RM5 sebagai derma kepada pertubuhan tersebut.
Tetapi perempuan itu mengatakan yang setiap kanak-kanak di pertubuhan itu perlukan RM20 sehari untuk setiap kanak-kanak. 
Jadi, kalau nak derma kena RM20. Apahal! PCB macam blur kejap. 
Nak derma pon kena ada fixed harga ke?





Itu bukan namanya derma. Kita nak derma kena seikhlas hati dan setakat yang kita mampu. Kalau dah mampu RM1, RM1 je lah yang kita bagi kan. 
Ini boleh pulak dia yang request nak berapa untuk derma. 
At last, kawan PCB bagi jugak RM5 itu dan cakap dia derma seikhlas hati.
tak perlu sign atau apa-apa.




Moral of the story adalah terima je lah berapa derma orang nak bagi.

8 comments :

boni kacak said...

itulah.. siap letak harga rm20 lagi.. pelik betul..

Zamani Abe said...

paling taksuka kna menderma mcm tu

fyna said...

uikss... ada pulak yang mcm tue kan.

J.Syazwana said...

weh aku pon kene hari tu. die mintak rm20 nak beli susu anak yatim. api aku bagi rm10 je tak sign pape. siap macam nak pakse nak jugak rm20 apehal kan. adoii

hazman aka species1980 said...

diorang nie macam ada target SALES la pulak.... patutnya kena kasi ceramah baek punya kasi faham skit

NAL said...

1st time dengar derma mcm ni...sangat pelikss..

Suria Lekatlekitgurl said...

memang trend org minta derma sekarang tetapkan berapa jumlah kita kena bagi. Kalau macam tu baik jgn bagi langsung.. tu bukan derma tu namanya pow orang

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Mesti ada niat lain tu. Tak faham betul lah manusia zaman sekarang ni.