Thursday, May 23, 2013

KES PEMBUNUHAN SOSILAWATI | 4 TERTUDUH DIHUKUM GANTUNG SAMPAI MATI



Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada keempat-empat tertuduh yang terlibat dalam kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Banting pada tahun 2010.



Semua tertuduh berhadapan hukuman mati ( Jesyntha tidak terlibat). Harap maklum.



4 tertuduh yang kini berhadapan dengan hukuman mati adalah bekas peguam N. Pathmanabhan, 43, dan pekerja ladang T. Thilaiyalagan, 21, R. Matan, 22 dan R. Kathavarayan, 33, 



Perbicaraan yang bermula pada 4 Julai 2011 berjalan selama 113 hari dengan 108 saksi pendakwaan dan 30 saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan serta 742 bahan bukti dikemukakan selain 6, 000 nota prosiding dikemukakan kepada mahkamah.



Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan semua bukti dan bahan bukti yang dikemukakan di mahkamah sepanjang perbicaraan yang bermula pada 4 Julai 2011. Katanya, pendakwaan berjaya membuktikan kes berkenaan melangkaui keraguan munasabah manakala pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu. 



Sosilawati, 47, pemandunya Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dibunuh dengan kejam selepas dilaporkan hilang ketika mereka pergi ke Banting atas urusan pembelian tanah.


Sama-sama ambil iktibar daripada kejadian yang berlaku.

4 comments :

wandisini said...

akhirnya ada gak keputusan. lama betul perbicaraan kes ni

noehas said...

Semoga menjadi pengajaran kepada orang lain.

boni kacak said...

aku puas hati

adzairdawati makdara said...

akhirnya mereka menerima hukuman yg setimpal..