Saturday, May 11, 2013

MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA 2 EPISOD 13



Masterchef Selebriti Malaysia Musim ke 2 telah memasuki episod 13. Untuk episod kali ini, para selebriti akan menghadapi dua cabaran iaitu Peti Saji Misteri dan Ujian Cipta Rasa. Untuk Peti Saji Misteri, bahan-bahan yang diberikan adalah keropok lekor, limau gadang, daun pudina dan cili.2 minit diberikan bagi setiap peserta untuk mencari 10 bahan sampingan yang lain di pantri.



Keputusan bagi Peti Saji Misteri dimenangi oleh Syura dengan hidangan Keropok Based Cheese.






Sebagai ganjaran untuk Syura bagi cabaran seterusnya, Syura dapat mengambil 15 jenis bahan untuk menyediakan hidangannya.Bagi peserta lain, mereka perlu mencabut pisau yang sudah berserta dengan bilangan bahan yang akan mereka ambil.45 minit diberikan untuk mereka menyiapkan sebarang hidangan dengan bahan yang terhad.



Keputusan bagi Ujian Cipta Rasa dimenangi oleh Celina dengan hidangan Apple Crumble.






Akhirnya, 4 selebriti yang paling tercorot akan melalui pusingan penyingkiran. Mereka adalah Aznil haji Nawawi, Lydiawati, Michael Ang dan Syanie. Siapakah yang akan tersingkir? nantikan episod seterusnya.

4 comments :

AUC said...

Pok nil kot kena singkir ;)

Leeza dayasari [santai leeza] said...

leeza layan juga benda ni.. heeee

Berita Kaki said...

sedapnya laa...ngappp3

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Mesti Michael Ang yang tersingkir. Hehe.