Wednesday, May 8, 2013

MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA MUSIM 2 EPISOD 11 & 12



Rancangan Masterchef Selebriti Malaysia musim 2 telah memasuki episod ke 11 & 12. Untuk episod kali ini, peserta akan menghadapi Ujian Cabaran Luar. Seperti biasa mereka dibahagikan kepada 2 kumpulan di mana Kumpulan Merah diketuai oleh Norish Karman dan Kumpulan Biru diketuai oleh Aznil Haji Nawawi.



Kali ini mereka semua akan memasak dari Sepang Gold Coast dengan tema Barbecue Makanan Laut. Mereka dikehendaki menyediakan 1 kanji, 4 protein, 1 sayuran, 1 minuman, 1 manisan dan 3 jenis sos selama 2 jam 30 minit.



Tetamu dijemput untuk merasai hidangan makanan daripada kedua-dua kumpulan.



 Hidangan kumpulan Biru



Hidangan kumpulan Merah.



Dan hasil pilihan juri ialah kumpulan MERAH!!!





Ini bermakna Norish Karman, Lydiawati, Michael Ang, Syanie, Cat Farish, Enot dan Celina berjaya mengelakkan diri daripada menyertai pusingan penyingkiran. Pasukan Biru akhirnya perlu memasuki pusingan penyingkiran. Mereka adalah Pak Nil, Sabhi Sadhi, Kenchana, Radhi, Syura, Rozita Che Wan dan Sharifah Shahora.



Untuk episod ke 12 adalah pusingan penyingkiran bagi kumpulan Biru. kesemua Ahli kumpulan Biru memakai cermin mata hitam.







Untuk cabaran pusingan penyingkiran kali ini, mereka dikehendaki menyediakan hidangan makanan berasaskan ubi kayu. Mereka diberikan masa hanya 45 minit sahaja untuk menyediakan hidangan mereka. Jom kita lihat antara hidangan mereka.



 Bingka Ubi Kismis (Pak Nil)



 Kerabu Kiah (Che Ta)



 Kuih Ubi Daun Pisang (Sabhi Sadhi)



Ubi Kayu Rebus dan Goreng bersama Ikan Bilis Goreng (Sharifah Shahora)



Akhirnya 4 selebriti dipilih untuk disingkirkan. Mereka adalah Sharifah Shahora, Pak Nil, Rozita Che Wan dan Sabhi Sadhi. Pada mulanya, hidangan Pak Nil dan Rozita Che Wan terselamat. Dan akhirnya Sabhi Sadhi perlu ucapkan selamat tinggal kepada Sharifah Shahora kerana Sharifah Shahora akan meninggalkan Masterchef. TAPI!! sebenarnya TIADA PENYINGKIRAN!! Chef mengatakan kesemua hidangan mereka adalah hebat dan bagus!!



Jom tengok Episod Masterchef Selebriti 2 yang sebelumnya.








3 comments :

boni kacak said...

paknil punya ada sedikit comot di situ.hehehe

Leeza dayasari [santai leeza] said...

nasib tak ada yg tersingkir.

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Yay! Tiada penyingkiran. :)