Sunday, May 5, 2013

MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA MUSIM KE 2 EPISOD 9 & 10


MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA MUSIM KE 2 EPISOD 9 & 10

Masterchef Selebriti Malaysia Musim ke 2 kini telah memasuki episod 9 & 10. Untuk episod 9, peserta akan menghadapi dua cabaran iaitu Peti Saji Misteri dan Ujian Cipta Rasa. 



Untuk Peti Saji Misteri, semua peserta dikehendaki menyediakan menu dengan menggunakan tiga bahan iaitu kentang, udang dan beras pulut hitam. Peserta hanya diberikan 2 minit untuk mendapatkan 10 bahan tambahan yang lain di pantri. 60 minit diberikan kepada setiap peserta untuk menyiapkan hidangan mereka dan hanya 6 hidangan terbaik yang akan dipilih.




6 menu terbaik untuk Peti Saji Misteri adalah seperti berikut.


 Udang Goreng Bersos Kari Ala Thai, Pulut Hitam, Bebola Kentang dan Salad Avokado (Celina)


 Pulut Udang Berempah (Kenchana Devi)


 Udang Mentega dengan Kentang Lenyek dan Pulut Hitam Bersalut Gula Kabung (Lydiawati)


 Udang Pari-pari bersama "Topping" Beras Pulut (Michael Ang)


 Pulut Hitam Dosa Siapa (Rozita Che Wan)


Darat dan Laut (Syanie)


Daripada 6 yang dipilih, 3 yang terbaik adalah Celina, Michael Ang dan Syanie. dan Juara bagi Peti Saji Misteri adalah CELINA. Tahniah Celina!



Kemudian, para peserta diuji dengan cabaran kedua iaitu Ujian Cipta Rasa dengan menu diberikan adalah burger. Disebabkan Celina memenangi cabaran sebelum ini, Celina menjadi orang pertama berpeluang memilih bahan yang dia inginkan iaitu Daging. Dan Celina juga diberi peluang untuk memilih bahan dan diberikan kepada peserta-peserta lain. Mereka semua diberikan 2 minit untuk mengambil 10 bahan tambahan di pantri.Masa diberikan adalah 60 minit.



Selepas 60 minit berlalu, pemenang bagi Ujian Cipta Rasa adalah Norish Karman.



Messy Burbing (Norish Karman)



Terdapat lima peserta yang akan ke pusingan penyingkiran apabila menu burger mereka kurang mendapat perhatian daripada juri. Mereka adalah Afiq Muiz, Sabhi Sadhi, Radhi, Sharifah Shahora dan Lydiawati.



Untuk episod ke 10 masterchef Selebriti Malaysia musim ke 2, Kelima peserta yang memasuki pusingan penyingkiran akan berentap dalam Ujian Pantas.Cabaran untuk mereka kali ini adalah mereka dikehendaki sama ada memasak satu atau kedua-dua bahan yang diberikan iaitu mi siput atau spaghetti. Dan kesemua peserta memilih untuk menyediakan spaghetti. Mereka hanya diberikan 45 minit untuk menyiapkan hidangan.



Dan menu yang disediakan adalah seperti di bawah:

 Spaghetti Primavera (Lydiawati)


 Dreamy Cheese Spaghetti (Radhi)


 Spaghetti Aglio Olio (Sabhi Sadhi)


 Spaghetti Bolognese (Sharifah Shahora)


Carbonara Udang (Afiq Muiz)



Dan akhirnya terdapat seorang peserta yang disingkirkan iaitu Afiq Muiz. Beliau berjaya menyumbangkan RM2500 kepada Malaysia National Animal Welfare Foundation. Afiq Muiz sangat baik dan bagus dalam bekerja. Mungkin ini bukan rezeki untuknya kali ini.


Selamat tinggal Afiq Muiz!