Wednesday, May 15, 2013

NORISH KARMAN TERSINGKIR | MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA 2 EPISOD 16



Pada episod yang lepas, kedua-dua kumpulan merah dan biru telah menghadapi Cabaran Sajian Luar. Keputusannya adalah kumpulan Biru yang diketuai oleh Celina berjaya dalam Cabaran Sajian Luar.



Tahniah buat kumpulan Biru.



Bagi kumpulan merah, mereka semua secara automatik akan menghadapi cabaran penyingkiran. Untuk cabaran penyingkiran, mereka perlu menyediakan hidangan yang berasaskan laksa seperti laksa sarawak, Laksa penang, laksa kari, laksam dan laksa johor. Mereka semua diberikan peluang untuk mengambil 20 bahan daripada pantri dan 60 minit diberikan bagi menyiapkan hidangan tersebut.



Di antara hidangan makanan yang dihidangkan.


Laksa Asam (Lydiawati)


Laksa Hong Kong (Che Ta)


Laksa Kari Nyonya (Norish Karman)


Laksa Sendiri Mau Ingat (Enot)


Mee Huang Suang (Kenchana)


Ter'laksa'na (Radhi)



Akhirnya, hidangan Laksa Kari Nyonya daripada Norish Karman kurang mendapat perhatian juri dan Norish tersingkir untuk kali ini. Norish berjaya mengumpulkan RM4000 kepada Educational, Welfare & Researcg Foundation.


Selamat tinggal Norish Karman!!


Pada yang menyampah tengok perangai NK pasti tersenyum lihat NK keluar kan. Bagi PCB, Norish Karmanmemang berbakat dalam memasak, cuma, kadang-kadang perangai dia yang terlebih yakin, kurang sensitif dan suka mengarah membuatkan ramai orang kurang menyukainya.



6 comments :

boni kacak said...

hurm.. aku tak ikuti perkembangan tentang master chef ni, tapi rupanya ada macam-macam kisah ye kat dalam tu.. hari tu pasal zain

Sunah Sakura said...

alaaaaaaaaaa....kesiannya dia kuar...dia pandai masak!!!

AinNawwar said...

nawwar tak tengok pun episod ni :( ruginyaa takleh tgk NK tersingkir. hehek

sha said...

ye kee... ok gak kot NK ni.. k sha dah lama gak tak follow MCS yg baru ni..huhu

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

NK memang berbakat. Tapi dia sombong !! Bagus jugak dah terkeluar. Peserta lain semua mesti happy. Hehe.

akmall said...

memang saya menyampah tengok si NK ni... pandai masak sekali pun kalau attitude ke laut... memang takde orang suka pun.hahahha..