Monday, May 13, 2013

PAK NIL TARIK DIRI | MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA 2 EPISOD 14



Pengacara terkenal, Pak Nil atau Datuk Aznil Haji Nawawi tarik diri daripada menyertai Masterchef Selebriti Malaysia musim ke 2. Keputusan itu dibuat setelah rancangan Masterchef Selebriti Malaysia 2 memasuki episod ke 14. 



Sebelum itu, kita lihat dulu cabaran yang perlu dilalui oleh para selebriti bagi episod yang ke 14 iaitu Ujian Sajian Pantas atau pusingan penyingkiran. 4 selebriti yang terlibat adalah Syanie, Lydiawati, Pak Nil dan Michael Ang. Bahan utama bagi cabaran kali ini ialah "Tuna". Mereka perlu menyediakan hidangan tuna sedangkan biasanya tuna dimakan secara mentah.



45 minit diberikan dan mereka hanya diberikan 2 minit untuk mengambil 10 bahan lain di pantri. Akhirnya, keempat-empat mereka berjaya menyediakan hidangan makanan tuna. jom lihat masakan mereka.



 Pan-Seared Tuna (Syanie)


 Pistachio Tuna with Orange Sauce (Pak Nil)


 Tuna Fillet with Leek Vege


Peach Tuna (Michael Ang)



Untuk keputusan, pada mulanya Syanie terselamat dan kemudian diikuti oleh Pak Nil. Antara Lydiawati dan Michael Ang yang akan tersingkir. Akhirnya, keputusan juri adalah Michael Ang yang akan tersingkir. Namun begitu, Pak Nil terus ke hadapan dan meminta keizinan untuk tarik diri daripada rancangan Masterchef Selebriti Malaysia 2. Hal ini kerana beliau ingin menumpukan perhatian menjaga ibunya yang sedang terlantar sakit di hospital.



Pak Nil tarik diri atas urusan peribadi.



Keputusan Pak NIl mengejutkan ramai pihak. Namun, anda semua perlu menerimanya dengan terbuka kerana itu keputusan peribadinya. Kepada Pak Nil, anda telah melakukan perkara yang bijak. Semoga ibu anda akan sembuh dan ibu anda pasti bangga memiliki anak seperti Pak Nil.



Kita lupakan seketika tentang Pak Nil, kita teruskan dengan cabaran seterusnya. Celina yang menjadi juara untuk cabaran sebelum ini diberikan kelebihan untuk menjadi Ketua dan dia memilih Norish Karman sebagai ketua bagi satu lagi kumpulan untuk melawannya. Disebabkan tinggal 13 peserta, Celina diberi kelebihan untuk memilih selebriti lebih seorang berbanding kumpulan Norish Karman.



Warna biru menjadi pilihan pasukan Celina.



Celina memilih Cat Farish, Syura, Michael Ang, Sharifah Shahora, Syanie dan Sabhi Sadhi. Manakala Norish memilih Enot, Kenchana, Radhi, Lydiawati, dan Rozita Che Wan. Norish Karman nampak kurang ajar apabila mempersendakan berat badan Syanie dan Enot. better watch out yor words Norish! sangat biadab!!



Jom kita lihat episod sebelum ini.





p/s Selamat Hari Ibu.




9 comments :

akmall said...

kan!! benci lah dengan si Norish Karman tu.. muka tak boleh blah.. berlagak teror masak.. oh please.. dia tu.. kalau nak balas boleh sgt.. tapi org lain professional.. memang mulut cm NK tu.. balas je.. anak luar nikah ke.. anak lahir takde ayah ke.. biar lantak!! bongok NK..

boni kacak said...

tindakan pak nil tu sangat tepat dan betul :)

AinNawwar said...

tak suka jugak dgn NK. satu rumah gelak tgk reaksi kenchana masa dpt group dia. haha

Berita Kaki said...

haha.biarlah dia bawak haluan dia

J.Syazwana said...

Norish tu kan memang laser sikit. eh bukan sikit tapi banyak. haha

deno said...

tak best betul paknil dah takde

NAL said...

tak tengok pun MCM selebriti kali ni...

Sunah Sakura said...

ala sedihnyaaaaa.....hukhuk..akak sejak balik johor tak tengok dah sebab takde tv...nak donlod mana pun tak tahu...

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Kesian Pak Nil. Tapi kena hormat keputusan dia. Apa apa pun, Pak Nil still the best !! :)