Tuesday, May 21, 2013

SABHI SADDI TERSINGKIR | EPISOD 20 MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA 2



Untuk episod 20 Masterchef Selebriti Malaysia 2, Sabhi Sadhi tersingkir selepas menyediakan hidangan nasi lemak untuk pusingan penyingkiran. Untuk episod kali ini, pasukan  merah yang dianggotai oleh Kenchana (ketua pasukan), Syura, Lydiawati, Sabhi Saddi, Rozita Che Wan dan Celina perlu memasuki pusingan penyingkiran selepas tewas kepada kumpulan biru pada episod lalu.




Hanya 5 daripada 6 peserta yang perlu memasuki pusingan penyingkiran. Kenchana sebagai ketua kumpulan perlu memilih seorang peserta yang terselamat daripada pusingan penyingkiran dan orang yang dipilih adalah Syura. Jadi, Syura terselamat daripada pusingan penyingkiran.




Tema bagi masakan episod kali ini adalah:


SARAPAN


Mereka diberikan masa 2 minit untuk mengambil bahan di pantri sebanyak mungkin dan masa yang diberikan hanyalah 45 minit bagi menyiapkan sarapan hidangan lengkap. 3 peserta membuat nasi lemak dan PCB dapat rasakan salah seorang daripada selebriti yang membuat nasi lemak akan tersingkir.



Antara hidangan yang disediakan oleh selebriti



Kenchana Devi

Celina

 Che Ta

 Lydiawati

Sabhi Saddi



Disebabkan nasi lemak Sabhi Saddi adalah lebih simple berbanding nasi lemak Che Ta dan Lydiawati, itu membuatkan Sabhi Saddi terpaksa akur untuk meninggalkan gelanggang Masterchef. Sabhi langsung tidak bersedih dan berasa bangga kerana dapat berpeluang menyertai Masterchef. Sabhi sangat lemah lembut dan sopan dalam tutur kata dan PCB sangat hirmat dengan sikapnya yang humble.



Sabhi Saddi tersingkir



#Semoga Sabhi Saddi terus memasak di luar.

#Hidangan yang disediakan Celina sangat sedap.

4 comments :

Kucing Hitam said...

sedap2 nmpak hehehe laporrrr
http://long-cham.blogspot.com/

Faizal Fredley said...

lol...aku minat mamat ni...asal dia keluar

sha said...

alaa kesian kat beliau tapi ish tersangat simple nasi lemak tu..tanpa lauk yg lain ....

deno said...

hwaaa... nape dia kuar... baru tahu sbb tetiggal tengok... takpe, ada RADHI sorang lg deno minat:)