Thursday, May 16, 2013

SELAMAT HARI GURU 16 MEI 2013 | HADIAH SABUN BASUH SERINGGIT


Assalamualaikum dan salam sejahtera.






16 Mei 2013 merupakan hari guru untuk tahun ini sama seperti 16 Mei pada tahun-tahun yang sebelumnya. Selamat hari guru PCB ucapkan buat semua guru di Malaysia yang telah banyak mendidik anak bangsa menjadi modal insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Wah, ada bakat tak jadi ahli politik.hikhik.




Selamat hari guru ditujukan khas buat semua guru dan tenaga pengajar yang telah banyak mengajar saya selama ini terutamanya guru-guru di:


=> Tabika KEMAS Kemahang Tiga (1996)
=> Sekolah Kebangsaan Kemahang 3 (1997-2002)
=> The Malay College Kuala Kangsar (2003-2007)
=> Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (2008-2009)
=> Universiti Kebangsaan Malaysia (2009-2012)



Setiap orang mesti ada kenangan masa sambut hari guru zaman sekolah dulu kan. Salah satu kenangan yang PCB tak boleh lupakan adalah menghadiahkan sabun basuh yang harga seringgit kepada guru saya. Mesti korang yang bujang selalu guna kan sabun basuh yang murah ni. Sabun Breeze kot yang ada dalam kotak kecil harga seringgit dan dalam bentuk serbuk.



Yang penting walaupun hanya sabun basuh, pembalut hadiah mesti kena yang cantik. sekurang-kurangnya first impression tu penting. Bagi sekolah area kampung macam sekolah PCB, hadiah macam tu kira cukup baiklah kan. Budak-budak sekolah dekat area kampung mana lah mampu sangat nak beli hadiah mahal-mahal kan. 



Masa hari guru, kalau berani kasi face to face hadiah yang kita bagi dekat cikgu. Tapi kalau segan-segan, letak je atas meja guru. Cikgu biasanya jarang ada dekat bilik guru masa hari guru. Semua ada aktiviti bersama pelajar.



Selamat hari guru buat semua guru di Malaysia. Anda ada pengalaman hari guru anda?



p/s ramai juga dalam kalangan blogger ni guru kan =D

8 comments :

whitecappuccino said...

terima kasih Wan! dulu dapat hadiah tisu boleh buat stock.

hazman aka species1980 said...

Sonok sebab bila hari guru nie tak payah belajar dan main game ngan cikgu jeee

Jamiani Mohd Daud said...

Saya pernah dpt hadiah sabun mandi. Baerbulan2 tak beli sabun mandi. Rasa terharu yg amat sgt. Murid2 begitu teruja utk beri hadiah....walau sebuku sabun. Terima kasih sangat2....saya hargai.

Berita Kaki said...

selamat hari guru kepada yang dah ajar kita semua tak kira lah janji yg dah ajar..bukan guru je..kahkahkah

Selamat Hari Guru

boni kacak said...

aku rasa aku tak pernah bagi cikgu-cikgu aku hadiah.hahaha

sha said...

yey, setuju if wan nak jadi ahli politik :)

Teena Tna said...

Rasa mcm x penah bg cikgu hadiah tp kenangan2 ngn cikgu2 byk.. Terima kasih cikgu !!!

Rabiatul Adawiyah Abd Rahim said...

Selamat Hari Guru !! Dulu selalu bagi kad je dekat cikgu. Tapi yang special nya, kad tu buat sendiri tau. Bukan beli. :)